Kem pasukan negara kembali mendapat tamparan hebat apabila penyerang, Shahrel Fikri Fauzi menjadi pemain terbaru yang mengalami kecederaan sekaligus belum pasti sama ada boleh diturunkan pada perlawanan menentang Sri Lanka dan Vietnam pada 5 dan 10 Oktober ini.

Menurut laporan Goal.com, penyerang pasukan Perak itu terpaksa menamatkan sesi latihan pada semalam dengan lebih awal setelah mengalami kecederaan pangkal paha.

“Shahrel menjadi pemain terbaru yang mengalami kecederaan. Beliau mengalami kecederaan pangkal paha ketika menjalani latihan pada semalam (Rabu) dan terpaksa menamatkan sesi latihan dengan lebih awal.

“Kita perlu mengawasi keadaan Shahrel dan melihat sama ada pasukan perubatan boleh mengesahkan beliau boleh diturunkan pada perlawanan menentang Sri Lanka atau sebaliknya,” kata ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe.

Tambah Cheng Hoe, beliau tidak gusar dengan kecederaan yang menimpa Eki dan perkara ini boleh memberikan peluang kepada pemain yang lain untuk menyinar bersama pasukan kebangsaan.

Shahrel
Tan Cheng Hoe

“Sebagai jurulatih sekarang saya perlu mencari alternativ lain dan melihat kepada pilihan yang ada. Pada masa yang sama, ini adalah peluang terbaik untuk pemain lain yang tidak mendapat minit bermain secukupnya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“(Menentang Sri Lanka) Saya mahu mendapatkan kecergasan, keyakinan dan juga peningkatan di jentera serangan. Kita tidak dapat memanfaatkan beberapa peluang terhidang, tetapi pada masa yang sama kita perlu mengukuhkan barisan pertahanan.

“Kita melepaskan lima gol pada tiga perlawanan terakhir, dimana jumlah tersebut terlalu banyak serta merisaukan. Sebagai satu unit, pasukan perlu meningkat,” tambah Cheng Hoe.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Tan Cheng Hoe Pantau Perkembangan Nor Azam Azih

Tan Cheng Hoe Kehilangan Lima Pemain Kerana Masalah Kecederaan