Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam sidang media selepas perlawanan memberikan kepastian bahawa 3 pemain iaitu Shahrel Fikri, J.Partiban dan Nor Azam Azih tidak akan disenaraikan dalam skuad ke Vietnam.

Ketiga-tiga pemain tersebut disisihkan kerana masih belum pulih dan cergas dari kecederaan yang dialami sebelum ini.

Dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan Sri Lanka sebentar tadi, Malaysia mencatatkan kemenangan selesa dengan keputusan 6-0 hasil jaringan hatrik Shafiq Ahmad, Shahrul Saad, Norshahrul Idlan Talaha serta Akhyar Rashid.

72308343_2419387338158016_7210856232893022208_o

“Semua sudah tahu bahawa semua pemain telah menunjukkan persembahan terbaik dari mula wisel ditiupkan, corak permainan agresif, banyak kombinasi. Ia bukan senang kerana pasukan Sri Lanka mengamalkan formasi bertahan.

“Walaupun begitu, pemain-pemain masih lagi mampu mempertingkatkan prestasi mereka ke tahap yang lebih baik.

Dalam pada itu Tan Cheng Hoe juga turut menjelaskan dengan kemasukan pemain-pemain baru, beliau yakin mereka mampu menggalas tugas yang diberikan serta menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain.

Pertemuan dengan Vietnam pada 10 Oktober 2019 nanti adalah perlawanan ketiga Malaysia dalam pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan selepas 2 perlawanan pertama Malaysia mengutip 4 mata untuk berada dikedudukan ke 3 kumpulan G.

Baca artikel lain berkaitan persiapan pasukan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bulan Oktober 2019

Senarai Rasmi 23 Pemain Pasukan Vietnam Menjelang Perlawanan Bertemu Malaysia

VFF Beri Jaminan Keselamatan Pemain Dan Penyokong Malaysia Bakal Dijaga

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group