Pemain muda negara yang kini beraksi dalam Thai League 1 bersama Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri mempamerkan aksi yang bermutu apabila terlibat secara langsung dalam kesemua 3 gol skuad kebangsaan Malaysia bertemu Kemboja.

Shahrel yang tidak diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini dimasukkan pada minit ke 60, berjaya mencetuskan perbezaan dibarisan hadapan skuad negara.

Gol pertama Malaysia berpunca dari sepakan bebas dari sebelah kiri pintu gol Kemboja diambil oleh Syazwan Andik berjaya ditanduk kemas menuju ke gawang tidak berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Kemboja, Sou Vaty. Bola muntah itu terus disambar oleh Shahrul Saad yang sudah bersedia menanti didepan gol, terus menyepak masuk untuk gol penyamaan.

Shahrel sekali lagi menunjukkan bagaimana pengalaman beberapa bulan dalam sebuah liga bermutu tinggi di Asia Tenggara mampu memperlihatkan perbezaan nyata.

shahrel fikri

Larian disebelah kiri selepas menerima hantaran dariĀ  membuka ruang untuk Shahrel melakukan hantaran lintang kedalam kotak penalti.

Beliau sekurang-kurangnya 2 kali melihat kedudukan pemain lawan dan Syazwan Andik sebelum membuat keputusan untuk melakukan satu hantaran tepat ke kepala Syazwan Andik yang menanduk padu menerjah gol lawan bagi membolehkan Malaysia mendahului Kemboja 2-1 pada minit ke 74 perlawanan.

2 kali terlibat dalam gol pasukan kebangsaan, Shahrel Fikri membuktikan status selaku pemain yang perlu diberikan perhatian apabila menjaringkan gol ke 3 negara pada minit ke 92 perlawanan hasil rembatan leret yang gagal diselamatkan oleh Sou Vaty.

Jelas Shahrel Fikri berada dalam kelas tersendiri hasil pendedahan dalam liga bola sepak yang lebih baik. Beliau kini berada dalam landasan yang tepat untuk merampas tempat selaku penyerang utama dan perlu terus bekerja keras untuk mencapai status tersebut.