Penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi mahu menampilkan aksi terbaik sekiranya diberi peluang untuk mengisi jentera serangan pada perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada 5 dan 10 Oktober ini.

Pada dua perlawanan awal menentang Indonesia dan Thailand, Shahrel tidak diturunkan dan beliau hanya memanaskan bangku simpanan. Kali ini, berdepan lawan sama ketika Malaysia tewas pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 lalu, Eki berazam untuk merobek gawang skuad bimbingan Par Hang-seo itu.

Shahrel Fikri
Shahrel Fikri ketika beraksi bersama Nakhon Ratchasima

“Saya tidak dapat menjaringkan gol ketika diturunkan dalam kesebelasan utama dalam aksi peringkat kumpulan Kejohanan AFF kerana agak gugup tapi kali ini berlainan. Walaupun kualiti permainan Vietnam dah meningkat, tak mustahil bagi kami untuk mengatasi mereka,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Sejak lima perlawanan terakhir yang membabitkan pasukan negara, Eki mempunyai rekod yang baik dimana beliau berjaya menjaringkan satu gol ketika perlawanan pertama peringkat kelayakan bertemu Timor Leste pada Jun lalu. Bekas ketua pasukan PKNP FC ini kemudiannya menjaringkan hatrik pada perlawanan kedua sekaligus membantu Malaysia menang dengan agregat 12-1.

syafiq ahmad
Syafiq Ahmad. Sumber Gambar: FAM

Ketika ini barisan serangan negara diisi oleh Norshahrul Idlan Talaha dan Syafiq Ahmad. Jika ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mahu membuat sedikit perubahan terutamanya pada perlawanan menentang Sri Lanka, nama Shahrel wajar dipertimbangkan.

Baca artikel lain mengenai Shahrel Fikri Fauzi di sini:

Shahrel Fikri: Bukan Senang Nak Naikkan PKNP FC

Khalid Jamlus Mahu Shahrel Fikri Lupakan Seketika Masalah Perak, Tumpu Pada Harimau Malaya

Shahrel Fikri Tawar Hati Dengan Perak?