Ketua jurulatih Nakhon Ratchsima FC, Milos Joksik memberitahu melalui laman sosial Instagram rasmi kelab bahawa Shahrel Fikri perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Thailand.

Milos juga menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan tinggi Shahrel Fikri akan muncul sebagai pemain yang hebat suatu hari nanti. Pada ketika ini beliau perlu lebih cepat untuk memahami bagaimana bola sepak Thailand dan saya akan memberikan masa yang cukup untuk beliau.

“Saya rasa dia (Shahrel Fikri) akan berkembang menjadi seorang pemain yang hebat.”

“Ini adalah kerana dia adalah seorang pemain yang mempunyai kelajuan, tetapi untuk masa sekarang dia perlu mempelajari tentang bola sepak Thailand dahulu.”, jelas Milos Joksic.

shahrel fikri
SUMBER: NAKHON RATCHASIMA FC

Shahrel Fikri telah melakukan debut bersama Nakhon Ratchasima FC dalam perlawanan ke 21 Thai League 1 ketika bertemu Sukhothai FC ditempat lawan. Curran Ferns, pemain dari Malaysia yang beraksi untuk Sukhothai FC ada dalam senarai pemain simpanan tetapi tidak dimasukkan dalam perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 dan Nakhon Ratchasima FC mengutip 28 untuk berada dikedudukan ke 11 liga.