Penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri tiba-tiba jadi buah mulut dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas membantu Perak menewaskan Felda United 5-1 dalam saingan CIMB Liga Super semalam.

Malah, beliau juga menjaringkan 4 gol dalam perlawanan itu sekaligus muncul sebagai penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2020 mengatasi penyerang import Terengganu FC, Dominique Da Silva setakat ini dengan jumlah 9 gol selepas 9 perlawanan.

Dalam perlawanan semalam, beliau juga turut menjaringkan gol sepakan percuma yang cantik pada minit ke 17 menewaskan penjaga gol lawan.

Jaringan itu memberikan semangat tambahan kepada Shahrel Fikri untuk terus menambah 3 lagi gol sekaligus membantu Perak mengutip 3 mata penuh dan kembali berada dalam kedudukan kedua Liga Super.

Shahrel juga membuktikan kenapa beliau layak digelar sebagai penyerang tempatan terbaik apabila manfaatkan peluang terhidang dengan menanduk masuk gol kelima pada minit 86.

Pengendali skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic mengakui sangat gembira dengan prestasi Shahrel Fikri kerana ia boleh mengurangkan kebergantungan kepada penyerang import, De Paula.

Beliau juga berharap Shahrel dapat mengekalkan aksi yang konsisten dan membantu Perak raih slot ke AFC Cup 2021.

“Shahrel pemain yang baik dan De Paula juga menunjukkan persembahan yang baik. Saya gembira, ia adalah hasil kerjasama satu pasukan, Shahrel tidak dapat melakukannya tanpa kerjasama semua.

120265635_1413247462207917_560744379130456549_n
FOTO: Perak FA

“Secara jujurnya, pemain menunjukkan kesungguhan sejak awal perlawanan. Mereka menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi. Saya gembira dengan persembahan pemain, tetapi sebagai jurulatih saya tidak boleh terlalu bangga dengan kejayaan malam ini,” katanya selepas perlawanan.

Keputusan 5-1 itu turut meletakkan Felda United berada dalam bahaya dan berisiko tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.  Felda kini berada di kedudukan 10 dan wajib kutip 3 mata penuh dalam baki 2 perlawanan yang akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

FAP Dapat Kelulusan Daripada SSM Untuk Guna Nama Penang Football Club

12 Pasukan Selesai Lengkapkan Penswastaan Kelab, 9 Lagi Masih ‘On The Way’

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan