Bekas penyerang Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri Fauzi memberi bayangan bahawa beliau mungkin kembali beraksi dalam saingan Thai League 1 bagi baki saingan musim 2019.

Semalam, Shahrel memuatnaik satu gambar di Insta Story miliknya dimana seorang individu dipercayai ejen pemain menawarkan kepada beliau untuk kembali beraksi di Thai League 1.

Shahrel Fikri
Sumber Gambar: Instagram Shahrel Fikri

Ejen tersebut mengajak Shahrel untuk mengadakan satu perjumpaan bagi berbincang mengenai kemungkinan membawa bekas ketua pasukan PKNP FC ini kembali beraksi di salah satu liga terbaik di Rantau Asia Tenggara itu.

Ketika Eki bertanya kelab mana yang berminat dengan khidmat beliau, ejen terbabit menyebut dua kelab iaitu PT Prachuap FC dan kelab yang muncul juara Thai League 2 musim lalu, PTT Rayong. Prachuap ketika ini menduduki tangga ke-7 liga dengan kutipan 13 mata manakala Rayong pula tangga ke-13 dengan kutipan 9 mata.

shahrel fikri

Musim lalu, Eki menyertai Nakhon Ratchasima secara pinjaman sehingga penghujung musim 2018 dimana beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam saingan Thai League 1 dan satu gol dalam saingan Thai League Cup.

Bagi musim 2019, Thai League membenarkan setiap kelab untuk mendaftarkan seramai 7 pemain import. Berikut adalah peratutran yang dikenakan:

1. 3 Pemain import antarabangsa
2. 1 Pemain import AFC
3. 3 Pemain import ASEAN