Pemain muda negara yang kini sedang beraksi bersama kelab Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri sekali lagi disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan dalam perlawanan ke 22 Thai League 1 malam ini.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Shahrel Fikri tersenarai dalam kesebelasan utama skuad ‘SwatCat’ selepas perlawanan debut beliau ketika berdepan Sukhothai FC.

Malam ini Nakhon Ratchasima FC akan berdepan pasukan ditempat ke 7 Thai League 1, Ratchaburi FC dan kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan 2 mata sahaja. Nakhon Ratchasima FC kini menghuni kedudukan ke 11 dengan pungutan 28 mata.

The SwatCat yang buntu dalam mencari jaringan dalam saingan Thai League 1, membawa Shahrel Fikri ke Thailand sebagai solusi kepada masalah yang dihadapi mereka.