Ketika ini beredar khabar angin yang mengatakan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan menjadi feeder club kepada pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Khabar angin tersebut beredar selepas PKNP gagal untuk memperoleh lesen kebangsaan. Kelab tersebut gagal untuk melengkapkan kriteria-kriteria yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekaligus diturunkan ke Liga Perdana musim hadapan.

Perkara ini mendapat perhatian bekas ketua pasukan kelab itu yang telah membawa naik nama PKNP FC dalam saingan Liga Malaysia sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2015 iaitu Shahrel Fikri Fauzi. Shahrel meluahkan pendapat beliau di media sosial Twitter miliknya.

Ramai yang berpendapat PKNP tidak seharusnya dijadikan sebagai feeder club kepada pasukan Perak kerana kelab itu boleh dijadikan sebagai platform untuk pemain muda beraksi serta mendapatkan minit bermain dalam saingan Liga Malaysia.

Kita sedia maklum pasukan-pasukan besar dalam saingan Liga Malaysia sukar untuk memberikan minit bermain yang cukup untuk pemain muda. Mereka lebih memberi keutamaan kepada pemain yang lebih senior dan juga pemain import bagi membarisi kesebelasan utama pasukan saban minggu.

Seperti contoh dalam saingan musim 2019, beberapa pemain muda menjadi sorotan seperti pemain tengah, Fadhil Idris dan bintang skuad B-18 tahun negara, Mukahiri Ajmal. Dua pemain ini mampu untuk menampilkan kualiti mereka kerana sentiasa mendapat minit permainan yang cukup.

malaysia

Mukhairi Ajmal memakai jersi Nombor 7
FOTO: NFDP

Apa yang pasti, pihak pengurusan PKNP FC perlu memikir sedalam-dalamnya jika mereka mahu menjadi adik kepada pasukan Perak musim hadapan. Banyak faedah yang bakal didapat terutamanya dalam pembangunan bola sepak negara jika mereka terus wujud.

Baca artikel lain mengenai PKNP FC di sini:

Sembilan Pasukan Lulus Lesen Kelab Untuk Liga Super 2020

Piala Malaysia: Mukhairi Ajmal Berpeluang Berada Dalam Kesebelasan Utama PKNP FC

Tersingkir Ke Liga Premier 2020, Zainol Fadzi Letak Jawatan Sebagai Presiden PKNP FC

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group