Penyerang muda negara yang kini beraksi bersama kelab Thai League 1, Nakhon Ratchasima FC akan membuat penampilan pertama beliau apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan bertemu Sukhothai malam ini.

Maklumat ini telah dikemaskini oleh laman sosial Instagram rasmi Nakhon Ratchasima yang telah memuat naik imej formasi pasukan yang berkunjung ke Thung Thalay Luang Stadium, menggunakan formasi 4-3-2-1.

Perlawanan ini merupakan aksi ke 21 kedua-dua pasukan dalam saingan Thai League 1. Nakhon Ratchasima kini berada dikedudukan ke 10 liga dengan 27 mata manakala Sukhothai pula di tangga ke 13 dengan 24 mata.

Jika dilihat prestasi 5 perlawanan terakhir pasukan Nakhon Ratchasima FC dalam saingan Thai League 1 ini, mereka mencatatkan 3 keputusan seri, 1 kemenangan dan 1 kekalahan.

Kemenangan itu diraih oleh skuad Swat Cats ketika bertemu pasukan dikedudukan ke 6 liga, Singha Chiangrai United dan tewas 0-1 kepada kepada Chonburi Fc yang kini menghuni tangga ke 8 liga.

Manakala bagi 3 keputusan seri pula diraih apabila bertemu Police Tero FC (0-0), Ubon UMT United (0-0) dan Suphanburi FC (2-2).

Musim lalu, Paolo Rangel yang kini bersama pasukan Kedah FA muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan Nakhon Ratchasima FC dengan 11 gol dijaringkan.