Serie A berdepan dengan kemungkinan liga mereka musim ini akan dihentika awal dan tidak ada juara.

Ini selepas kerajaan Itali memberikan amaran, potensi gelombang kedua covid-19.

Persatuan Bola Sepak Itali, FIGC turut mengumumkan perkara itu kepada semua rakan kongsi mereka.

Lalu, pada Isnin, kerajaan mencadangkan agar FICG menggunkan kaedah play off untuk menentukan kedudukan akhir dalam liga.

Cadangan itu telah dibantah oleh beberapa kelab. Oleh sebab itu Serie A mungkin akan dibatalkan jika majoriti daripada kelab membantah cadangan play off.

Ini bermakna tiada juara akan dinobatkan. Dan mereka akan membincangkan tentang pemberian slot ke kejohanan Eropah pada musim hadapan.

Ada juga cadangan untuk mengira mata dengan purata mata di home dan away untuk menentukan kedudukan akhir. Kaedah ini juga memungkinkan tiada juara akan dinobatkan kerana ianya lebih kepada menentukan slot ke Eropah.

Apapun, masih belum ada kata putus lagi berkenaan dengan perkara ini.

Serie A diwar warkan akan bersambung pada 20 Jun 2020, setelah digantung sejak 9 Mac yang lalu. Serie A sebelum ini merancang untuk menamatkan musim menjelang 2 Ogos.

Serie A masih ada 12 pusingan lagi untuk dimainkan. Juventus berada di puncak liga dalam usaha mereka mahu menamatkan saingan selaku juara bertahan sebanyak 9 kali berturut – turut.

Namun mereka cuma ada kelebihan 1 mata daripada Lazio di tangga kedua.

serie a

Jika Serie A musim ini tidak dapat disambung semula pada 20 Jun ini, maka FIGC akan menjadikan tarikh akhir liga mula disambung semula pada 10 Julai.

Dan jika ia tak dapat dimulakan semula pada tarikh itu, bermakna Serie A mungkin akan dibatalkan mahupun ditamatkan awal dengan memilih method untuk menentukan kedudukan liga.

Sama ada ia dibatalkan tanpa pemenang atau kaedah lain seperti play off.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

5 Bakat Yang Dihasilkan Dari Akademi Genk

Leicester Beritahu Chelsea, Ben Chilwell Bukan Untuk Dijual

Spurs Pinjam RM941 Juta Dari Bank Of England Untuk Atasi Kerugian RM1.1 Billion