AC Milan meneruskan kecemerlangan mereka dalam saingan Serie A musim ini. Milan berjaya menewaskan Fiorentina dengan skor 2-0, pada perlawanan semalam.

Milan turun beraksi tanpa Ibrahimovic yang cedera dan pengurus mereka Stefano Pioli yang dikuarantin.

Kemenangan ini membolehkan pasukan bimbingan Stefano Pioli mengukuhan lagi kedudukan di puncak liga dengan mengumpul 23 mata. Berada lima mata di atas pesaing terdekat mereka, Inter Milan yang berada di tempat kedua dengan 18 mata.

Dalam aksi yang berlangsung di San Siro, AC Milan diberikan tentangan sengit daripada pasukan pelawat sejak awal perlawanan lagi.

Namun, Rossoneri yang terlebih dahulu mencipta peluang keemasan pada minit ke-10. Sayang sekali tandukan Romagnoli tidak tepat.

7 minit kemudian, Alessio Romagnoli berjaya meletakkan skuadnya di hadapan, dengan menyambar hantaran dari Franck Kessie.

Pada minit ke-27, giliran Kessie pula menjaringkan gol kedua untuk AC Milan.

Pada minit ke-40, Franck Kessie berpeluang untuk menambah gol peribadi dan untuk pasukannya apabila dia ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti.

Namun rembatannya tidak tepat dan Milan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 2-0.

Pada separuh masa kedua, jurulatih Fiorentina membawa masuk Giacomo Bonaventura untuk menggantikan Jose Callejon.

Namun, Fiorentina terus buntu untuk mencipta peluang yang lebih baik. Tiada tambahan gol pada separuh masa kedua.

AC Milan berjaya memastikan 3 mata milik mereka dan terus berada di puncak liga.

Pioli mengucapkan tahniah kepada para pemainnya menerusi panggilan video.

AC Milan masih kekal tak kalah musim ini. Adakah musim ini mereka mampu menamatkan penantian kejuaraan Serie A pertama selepas sedekad?

Baca juga perkembangan lain

EPL: Aksi Kelas Dunia Cavani Bantu United Bangkit Dari Bangku Simpanan

Mourinho Anggap Lampard Gentar Dengan Prestasi Semasa Spurs

La Liga: Alaves Malukan Real Madrid, Hazard Cedera Lagi