Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Football Italia melaporkan bahawa Serie A mengharamkan penggunaan jersi warna hijau pada musim 2022/23. Larangan itu dikuatkuasakan kepada pemain bukan penjaga gol / outfield players.

Lega Serie A sudah meminta kesemua kelab untuk melakukan perubahan pada warna jersi hijau mereka menjelang musim tersebut.

Ini bermakna kelab seperti Sassuolo yang menggunakan warna hijau sebagai jersi utama mereka, perlu mencari warna lain.

Keputusan itu dikatakan kerana rungutan daripada pihak penyiar rasmi, yang berdepan kesukaran dengan jersi hijau yang mirip dengan warna padang. Ini membuatkan para pemain berjersi hijau tidak dapat dikesan di atas padang.

Peraturan larangan warna hijau juga turut melibatkan stoking dan seluar. Jika ada pasukan yang memakai jersi hijau ataupun seluar hijau, maka mereka boleh melakukan sedikit modifikasi dengan mencampur warna lain. Dan ia tertakluk kepada Serie A untuk memberikan kelulusan.

Ini bukannya kali pertama Lega Serie A mengawal penggunaan warna jersi. Musim lalu, Inter Milan melancarkan jersi khas sempena memperingati kerjasama dengan Pirelii. Jersi tersebut memiliki banyak warna.

Dan jersi seperti itu juga dilaporkan dilarang digunakan di dalam Serie A kerana terlalu banyak warna. Tetapi Inter berkeras mahu menggunakannya dan akhirnya mereka tetap tampil menggunakan jersi tersebut pada minggu terakhir Serie A.

featured-sq-1

Keputusan Serie A mengharamkan warna hijau itu pastinya akan mengundang kontroversi. Kerana ada beberapa pasukan yang memiliki tradisi penggunaan warna hiijau, sama ada sebagai jersi utama ataupun jersi kedua, ketiga atau keempat.

Baca juga artikel

Perez: Mourinho Bodoh Macam Ronaldo, Del Bosque Buta Taktikal Serta Penipuan Terbesar Bola Sepak

TERKINI: Messi Kekal 5 Tahun Lagi, Menerima Pengurangan Gaji Lebih 50%

Warkah Perpisahan Donnarumma: “AC Milan Selamanya Di Hatiku”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group