Leonardo Mancuso telah menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memberikan pasukan baru naik, Empoli kemenangan mengejutkan di Turin, dalam aksi pertama Juventus pasca- Ronaldo.

Cristiano Ronaldo sah kembali semula ke Manchester United selepas 3 tahun bersama.

Max Allegri membuat beberapa perubahan dalam pasukannya untuk berdepan Empoli. Juventus berdepan krisis kcederaan melibatkan Aaron Ramsey, Arthur dan Kaio Jorge.

Sementara itu, Manuel Locatelli berada di bangku simpanan. Peranan untuk melindungi pertahanan diambil oleh Danilo sebagai pemain kesebelasan utama.

Percubaan awal Federico Chiesa berjaya diselamatkan oleh Guglielmo Vicario.

Pada minit ke-21, Juventus sekali lagi menunjukkan kerapuhan mereka seperti dalam aksi sebelum ini. Leonardo Mancuso menghukum kelemahan Juventus.

Vicario cemerlang sepanjang malam untuk memastikan gawangnya tidak bolos. Dari segi percubaan Empoli ternyata sangat yakin untuk menyerang ke kubu Juventus.

Empoli berjaya melakukan 11 percubaan dengan 3 percubaan tepat ke gawang Juventus. Juve terus buntu sehingga ke akhir perlawanan.

3157

Kekalahan mengejut ini menyaksikan hanya mengutip 1 mata selepas 2 perlawanan. Ini adalah musim pertama kepulangan Max Allgeri yang menggantikan Andrea Pirlo.