Juve kalah 3-0 di halaman sendiri di tangan AC Milan. Membuatkan Juventus kini berada di kedudukan kelima dalam carta liga dengan baki 3 lagi perlawanan.

Juventus berada di luar 4 teratas. Kini mereka bersiko untuk menamatkan musim ini di kedudukan slot Europa League.

Brahim Diaz meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada separuh masa. Franck Kessie terlepas peluang menambah gol apabila sepakan penaltinya tidak masuk opada separuh masa kedua.

Zlatan Ibrahimovic sekali lagi mengalami kecederaan di bahagian lututnya.

Namun Milan tetap mampu menambah dua lagi gol menerusi Ante Rebic pada minit ke-78 dan Fikayo Tomori pada minit ke-82.

Kemenangan ini membolehkan AC Milan naik ke kedudukan ketiga dalam carta liga.

Namun bagi Juventus ini merupakan keputusan yang sangat teruk. Juventus akan berdepan Sassuolo selepas ini. Pasukan yang beraksi cemerlang musim ini, berada di tangga kelapan.

Seterusnya akan mejamu juara baru Serie A, Inter Milan pada hujung minggu. Perlawanan terakhir Juventus adalah berdepan dengan Bologna.

Isunya sekarang, jika Juventus gagal menamatkan musim ini di slot UCL, adakah Ronaldo akan kekal? Selain daripada kemungkinan Ronaldo sendiri minta dilepaskan, Juventus juga boleh jadi akan melepaskan pemain itu atas faktor gaji.

Hal ini kerana gaji Ronaldo terlalu tinggi. Dan beliau dibawah ke Juventus memang untuk tugasan UCL – terutama sekali dalam usaha Juventus mahu menjuarai piala tersebut.

Koresponden Claudio Raimondi melaporkan bahawa Ronaldo masih belum memberikan jaminan akan terus bersama Juventus selepas kontraknya tamat tahun hadapan.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Bruno Samai Rekod Lampard Cetak 27 Gol Semusim, Cavani Ulangi Rekod Ole Dan Chicharito

EPL: Kejuaraan City Tertangguh, Aguero Minta Maaf Kerana Panenka Yang Teruk

EPL: Spurs Kalah Di Tangan Leeds, Gol Kane Dibatalkan Kerana Hujung ‘Boot’