Inter Milan kini mengawal persaingan kejuaraan liga Itali. Ini selepas mereka menang 3-0 ke atas AC Milan dalam derbi Milan semalam.

Kemenangan yang meletakkan Iner kini 4 mata di puncak liga di atas Rossoneri.

Lautaro Martinez menjaringkan dua gol, manakala satu gol lagi adalah menerusi Romelu Lukaku. Pasukan Conte jelas dalam prestasi erbaik mereka dengan memenangi 5 daripada enam perlawanan liga terakhir mereka.

Ini adalah kali pertama derbi Milan melibatkan Inter dan AC Milan berada di kedudukan satu dan dua – sejak kali terkahir pada April 2011. Di mana ketika itu AC Milan menamatkan saingan sebagai juara.

Kali ini senario mungkin berubah, kerana Inter berada di atas mereka.

Inter Milan di hadapan seawal minit ke-5 lagi. Menerusi gol oleh Lautaro Martinez yang menanduk masuk bola.

Gol itu nampak terlalu mudah. Kerana Inter Milan tidak mengawal Lautaro dalam kedudukan dia berada di depan penjaga gol. Lukaku awalnya cuba melakukan hantaran rendah tetapi dihadang. Lukaku memenangi semula bola dan melakukan hantaran tinggi yang tepat kepada Martinez.

Perlawanan ini sangat sengit dan saring balas membalas serangan. Namun Milan tidak dapat menembusi Handanovic yang beraksi sangat cemerlang. Handanovic menafikan tandukan Ibrahimovic dan juga melakukan point-blank block – yang juga menafikan usaha Ibrahimovic.

Bintang yang menolak tawaran Inter, Sandro Tonali melakukan percubaan bahaya namun Handanovic sekali lagi melakukan aksi menyelamat yang spektakular.

Pada minit ke-57, Inter Milan menambah satu lagi gol. Kali ini ianya gol berpasukan. Di mana Inter menyerang dari belakang dengan melakukan beberapa pertukaran hantaran cantik. Lautaro Martinez kemas menyempurnakan gol tersebut.

Pada minit ke-66 Lukaku memastikan perlawanan tersebut tidak mampu lagi dijangkau oleh seteru sebandar mereka. Di mana beliau melakukan larian deras dari kawasan tengah kemudian menewaskan Donnarumma.

Tamat perlawanan AC Milan 0 Inter Milan 3.  Inter Milan berpeluang menamatkan kemarau Serie A mereka sejak 2010.

Baca juga perkembangan lain

EPL: City Kekal 10 Mata Di Puncak, Arsenal Terus Catat Rekod Buruk

Kessie: Kami Akan Tewaskan Inter Milan

EPL: Everton Tambah Derita Liverpool, Tamatkan Badi 7,817 Hari