Persaingan Serie A pada musim ini sangat sengit berbanding dengan beberapa musim sebelum ini.

Terbaru, AC Milan kembali ke puncak liga dengan menjarakkan diri 2 mata daripada Inter Milan.

AC Milan tidak ada masalah untuk menewaskan Crotone 4 gol tanpa balas dalam aksi yang menyaksikan penyerang veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic mencatat 2 lagi gol.

Milan melakukan 21 percubaan ke arah gol lawan dengan 11 tepat.

Ibrahimovic membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi permainan 1-2 kemas dengan Rafael Leao.

Leao sendiri memiliki peluang terbaik pada awal separuh masa kedua namun percubaannya ditepis penjaga gol lawan. Legenda dari Sweden itu sudah menjaringkan 500 gol dalam karier bersama kelab.

Gol kedua peribadi Ibrahimovic hadir pada minit ke-64. Kali ini jauh lebih mudah apabila Theo Hernandes mengumpan rendah kepada Ibrahimovic yang memasukkan bola ke Zlatan gawang yang ternganga.

5 minit kemudian Ante Rebic meletakkan Milan tiga gol di hadapan. Kredit kepada sepakan percuma cantik daripada Hakan Calhanoglu.

Bermula daripada permulaan semula selepas gol, Rebic menjaringkan satu lagi gol. Jarak kira kira seminit daripada gol sebelumnya. Crotone kehilangan bola terlalu mudah daripada situasi restart.

Rebic yang menunggu di sebelah kanan telah melakukan rembatan deras untuk memastikan Milan menang 4-0.

Kemenangan ini meletakkan Milan kembali ke persada dalam usaha mereka menamatkan kemarau kejuaraan Serie A.

Aksi seterusnya Milan akan berdepan dengan Spezia, diikuti aksi UEL. Dan kemudian derbi Milan menunggu mereka pada 21 Februari yang boleh menjadi penentu kepada kejuaraan liga musim ini.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Dua Kesilapan Alisson Musnahkan Liverpool Di Anfield

Martinez Balas Balik Tuduhan Lacazette Di Twitter

EPL: Kesilapan Saat Akhir Membawa Padah