Inter Milan semakin menghampiri kejuaraan Serie A pertama mereka sejak 2010. Di mana skuad bimbingan Antonio Conte menang 2-0 ke atas Crotone hasil jaringan Christian Eriksen dan Achraf Hakimi.

Inter boleh menjadi juara tanpa menyepak bola pada hari ini, jika Atalanta keciciran mata (seri atau kalah) berdepan dengan Sassuolo pada aksi Ahad.

Jika Atalanta menang sekalipun, Inter selepas ini hanya memerlukan 1 mata daripada baki 4 perlawanan terakhir mereka.

Ini kerana Inter Milan 14 mata di atas Atalanta dengan rekod pertemuan / head to head luar biasa.

Jika Inter Milan semakin hampir mengesahkan kejuaraan Serie A, nasib lawan mereka pula berbeza. Crotone sah tersingkir kembali ke Serie B.

Conte akan memenangi Serie A sekali lagi selepas memenanginya 3 kali berturut turut bersama dengan Juventus dari 2012-2014.

Conte menyertai Inter pada 2019 selepas beliau meninggalkan Chelsea. Conte merupakan pengurus yang membantu membangkitkan Juventus pada era moden hari ini.

Conte membentuk Inter menjadi pencabar kejuaraan sejak musim pertama. Namun beliau gagal ketika itu.

Conte hampir meninggalkan Inter Milan musim ini selepas kecewa dengan masalah komunikasi dengan pihak atasan. Mujur Conte berlapang dada dan masalah itu disesaikan.

Conte merupakan pemain legenda Juventus. Kejayaan Conte membantu Inter menjulang Serie A pastinya bukan sesuatu yang mudah diterima peminat Juventus.

Di mana chant ejekan: “Sehingga satu lagi calciopoli” nampaknya tidak akan dapat dilaungkan selepas ini. Chant itu adalah perlian kepada Inter Milan yang menurut peminat Juventus hanya juara Serie A selepas Juventus disingkirkan ke Serie B kerana skandal Calciopoli.

Ianya dipetik daripada kata kata bekas Presiden Juventus ketika era calciopiol, Luciano Moggi.

598721

Dan peminat Juve percaya, dominasi mereka sangat kuat dan mustahil Inter akan dapat memecahkannya segera.

Sebelum ke Itali, Conte juga membantu Chelsea menjuarai EPL.

Baca juga perkembangan lain

EPL: City Hanya 1 Kemenangan Lagi Dari Kejuaraan, Berada Di Landasan Treble

Ditanya Peluang The Gunners Mara Ke Final, Arteta Jawab: “Kami Adalah Arsenal”

Analisis Taktikal: 3-2-5 City Yang Membunuh Mentaliti PSG