Juventus meraih kemenangan 2-1 ke atas Lazio pada aksi ke-34 Serie A, di Allianz Stadium.

Bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo telah mencetak kedua dua gol Juventus untuk menutup serapat rapatnya peluang Lazio daripada mencabar kejuaraan.

Dengan kemenangan ini Juventus sudah meraih 80 mata ketika ini. Dan hanya memerlukan dua kemenangan saja lagi daripada kejuaraan Serie A musim ini.

Bermain di tempat sendiri, Juventus sempat dikejutkan dengan serangan Lazio pada minit-minit awal.

Ciro Immobile menjadi ancaman utama Juventus pada babak awal.

Pada minit ke-11, Juventus nyaris mencetak gol pendahuluan. Namun sayang percubaan Alex Sandro tidak menerjah gawang.

Perlawanan kedua dua pasukan menjadi sengit walaupun Juventus memiliki hanya sedikit kelebihan dari segi penguasaan bola.

Selepas itu Juventus merancakkan lagi serangan dengan mencipta peluang gol.

Cristiano Ronaldo, Adrien Rabiot, serta Aaron Ramsey kesemuanya terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

Separuh masa pertama berkahir dengan cemas pada Juventus apabila sepakan Immobile terkena tiang.

Selepas separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan, Juventus meneruskan lagi usaha mencari gol

Juventus kemudian mendapat penalti selepas Bastos tertampan bola dengan tangan.

Pengadil merujuk kepada VAR dan masa lebih seminit digunakan untuk menilai insiden itu. Penalti diberikan.

Ronaldo berjaya menyempurnakan tugasannya dengan sebaik mungkin untuk meletakkan Juventus satu gol di hadapan pada minit ke-51.

Tidak lama kemudian, kira kira tiga minit kemudian, Ronaldo menggandakan gol peribadinya dan juga pendahuluan Juventus.

Ronaldo menerima hantaran Paulo Dybala dan terus merembat masuk menewaskan penjaga gol lawan, Thomas Strakosha.

FBL-ITA-SERIEA-JUVENTUS-LAZIO_1595288443

Lazio mendapat saguhati pada minit ke-82. Giliran Lazio pula diberikan penalti selepas Leonardo Bonucci mengasari Immobile.

Penalti yang disempurnakan sendiri oleh Immobile.

Juventus berjaya memastikan kemenangan 2-1 milik mereka walaupun masa tambahan selama 7 minit diberikan.

Kini Juventus semakin hampir dengan satu lagi kejuaraan Serie A, dalam dominasi yang sangat lama mereka.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

‘Kami Berhak Dapat Trofi’ – David Luiz

Ole Bidas Mourinho & Lampard: Faktanya, Man United Banyak Menjadi Mangsa VAR

Piala FA: Arsenal Ke Final, City Gagal Pertahankan Kejuaraan