Juventus memberikan kekalahan pertama kepada AC Milan dalam saingan Serie A musim ini.

The Old Lady berjaya menundukkan AC Milan di San Siro 3-1 dalam kepulangan semula Pirlo ke markas Milan sebagai pengurus.

Milan kehilangan khidmat Zlatan Ibrahimovic dalam perlawanan penting ini kerana masalah kecergasan.

Juventus melakukan ancaman awal menerusi Paulo Dybala. Mujur Donnarumma sudah bersedia untuk mengadapi percubaan tersebut.

Milan kemudian mencipta peluang selepas kesilapan Rodrigo Bentancur. Samu Castillejo menguji Wojciech Szczesny. Dan penjaga gol Juventus itu berjaya menafikan percubaan beliau.

Bintang terus meningkat naik, Federico Chiesa pula hampir meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-15. Hanya tiang yang menjadi penghalang pemain tersebut.

Chiesa akhirnya menjaringkan gol pada minit ke-18 selepas permainan kombinasi yang kemas dengan Paulo Dybala.

Rafael Leao mempersia siakan satu lagi peluang AC Milan pada minit ke-27.

Milan mencipta beberapa siri peluang lagi, tetapi mereka gagal untuk menewaskan Szczesny yang berada dalam prestasi terbaiknya.

Juventus bolos jua, sebelum wisel rehat. Ianya berpunca daripada serangan balas yang disudahkan oleh Davide Calabria pada minit ke-41 untuk memastikan pasukannya masuk ke bilik rehat dengan skor 1-1.

Bersambung babak kedua, Milan terus menghadirkan ancaman awal. Rembatan oleh Diogo Dalot dari luar kotak penalti ditepis oleh Szczesny.

Pada minit ke-55, Ramsey menerima hantaran cantik daripada Matthijs de Ligt. Tetapi bekas pemain Arsenal itu merembat liar bola.

Selang 7 minit kemudian, Juventus menggandakan kedudukan dengan gol kedua, juga menerusi Chiesa. Di mana beliua sekali lagi membentuk gerakan dengan Dybala.

Dan itu juga merupakan assist kedua Dybala kepada Chiesa.

Ketika Milan sedang rancak mencari gol penyamaan, pemain gantian, Kulusevki mencipta peluang yang disudahkan oleh pemain yang terus cemerlang musim ini, Weston McKennie pada minit ke-76.

Juventus memastikan kemenangan milik mereka untuk mengurangkan jurang mata dengan Milan di puncak kepada 7 mata sahaja jaraknya.

Baca juga perkembangan lain

Man United Catat Rekod Ngeri, Kecundang Di Semifinal Buat Kali Keempat Berturut Turut

Solskjaer: Kami Sudah Berkembang Pesat Selepas Kalah 3 Kali Di Separuh Akhir

Ole Tak Ada Masa Nak Kira Penalti Liverpool