AC Milan kini semakin hampir untuk bergelar juara Scudetto apabila mereka bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Hellas Verona 3-1 di Stadio MarcAntonio Bentegodi.

Karakter itu sangat diperlukan oleh Milan dalam usaha mereka mahu menamatkan penantian panjang mereka untuk melihat satu lagi scudetto dalam sejarah kelab mereka.

Separuh masa pertama agak menggerunkan buat Milan apabila Lazovic melakukan hantaran lintang tepat ke arah Faraoni dan dia menanduk masuk dari jarak dekat.

Namun gol penyamaan tidak mengambil masa yang lama untuk mereka hasilkan. Ini apabila Rafael Leao berjaya mengumpan bola kepada Sandro Tonali untuk memasukkannya pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Pada awal separuh masa kedua, kombinasi yang sama yang bergabung untuk memberikan Rossoneri pendahuluan pada minit ke-49.

Alessandro Florenzi masuk dari bangku simpanan untuk merembat masuk gol ketiga.

Selepas kemenangan Inter menentang Empoli pada malam Jumaat, ia merupakan persembahan dan kemenangan yang sangat penting dari Milan, yang kini hanya memerlukan empat mata sahaja lagi daripada dua perlawanan terakhir untuk memenangi liga.

Adakah AC Milan akhirnya akan berjaya melakukannya musim ini? Dalam beberapa musim sebelum ini AC Milan juga menjadi pesaing kejuaraan namun gagal melakukannya pada separuh kedua musim.

Berbeza musim ini, mereka lebih bagus untuk kekal dalam persaingan sehingga ke hari terakhir. Pengalaman para pemain daripada musim sebelum ini juga dilihat banyak membantu mereka.