Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menegaskan pemainnya keletihan ketika perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala AFF Suzuki 2020 menentang Singapura di Stadium Nasional semalam.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 dimana Indonesia tampil garang pada separuh masa pertama dan kemudiannya Singapura berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa kedua.

“Ini keadaan yang sukar dan memenatkan fizikal para pemain. Bagi saya pasukan Indonesia nampak keletihan pada separuh masa pertama dan kedua.

“Akhirnya Singapura berjaya lebih banyak menyerang (pada separuh masa kedua). Tetapi masih ada waktu untuk proses pemulihan pemain menjelang perlawanan separuh akhir kedua.

“Dalam sebuah kejohanan sudah pasti ada masa sukar dan itu yang sedang dialami oleh Indonesia. Tetapi jika waktu rehat dan pemulihan yang cukup buat para pemain, pastinya akan lebih baik menjelang perlawanan seterusnya,” kata Shin Tae-yong.

Indonesia terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Witan Sulaeman dimana pemain itu menyempurnakan hantaran ketua pasukan, Asnawi Mangkualam dari sebalah kanan.

Anak Fandi Ahmad, Ikhsan Fandi menjaringkan gol penyamaan buat Singapura pada minit ke-70 selepas beliau berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid pertahanan lawan sekaligus permainan tamat dengan keputusan seri.

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu bagi perlawanan separuh akhir kedua pada 25 Disember ini dan perlawanan akan diadakan di venu yang sama.

Satu lagi pertembungan separuh akhir melibatkan juara lima kali, Thailand yang akan turun menentang juara bertahan, Vietnam pada hari ini.

Di atas kerta, skuad bimbingan Park Hang-seo menjadi pilihan namun Thailand menampilkan prestasi cemerlang sepanjang aksi peringkat kumpulan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Piala AFF 2020: Seri 1-1, Peluang Seimbang Buat Singapura & Indonesia

Piala AFF 2020: Park Hang-seo Tiada Masalah Jumpa Thailand, Yakin Vietnam Ke Final

Robert Alberts Anggap Indonesia Lebih Unggul Berbanding Singapura