Berita mengejutkan daripada pemain pertahanan dan kapten Real Madrid, Sergio Ramos. Di mana El Chiringuito mendedahkan bahawa pemain berusia 34 tahun itu mahu menyertai Man United selepas kontrak beliau dengan Real Madrid berakhir.

Ramos yang masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Real Madrid ketika ini sudah merancang destinasi beliau steterusnya. Beliau boleh pergi secara percuma pada Jun ini.

Ramos antara kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak Sepanyol. Hubungan beliau dengan Perez dikatakan tidak seakrab dahulu. Yang membawa kepada tiada kontrak ditandatangani ketika ini.

Ramos sebelum ini menerima pengurangan gaji 10% pada kontrak baharu – yang terakhir beliau tandatangani. Bukti bahawa pemain itu sangat sayangkan Real Madrid.

Namun Ramos kecewa apabila Perez dikatakan bengang dengan Ramos setelah Real Madrid tersingkir daripada UCL musim lalu.

Ramos dilaporkan berkata kepada Perez: “Bayar aku sekarang dan aku akan pergi.”

Wartawan Sepanyol, Josep Pedrerol memberitahu Ramos dan Perez sebelum ini mengadakan mesyuarat ‘kordial’ di sebuah tempat.

Dan Ramos memberitahu Perez bahawa dia tidak dapat menerima tawaran diberikan kepadanya. Ramos berkata: “Saya tak nak terima cadangan kontrak ini. Daripada hari ini, saya akan mendengar tawaran dari kelab lain.”

Selain daripada Man United, Ramos juga mempertimbangkan untuk ke PSG. Tetapi Ramos dikatakan lebih tertarik untuk ke England jika Man United menawarkan kontrak kepada beliau.

Ramos sedia menerima gaji sekitar €226k seminggu. Real Madrid sedar situasi Ramos kini agak rumit. Dan mereka sudah menyediakan pelan untuk mencari bek baharu jika Ramos memutuskan untuk pergi.

Man United memang masih memburu bek tengah. Sergio Ramos mungkin solusi jangka pendek terbaik buat mereka.

Baca juga perkembangan lain

Highlight EPL: West Ham 1 Liverpool 3 – Mo Salah Skor 2 Gol Cantik

EPL: Bek Sayap Sumbat 2 Gol Chelsea, Burnley Hampir 0 Shot Dikerjakan The Blues

EPL: Terikat Dengan Arsenal Di Emirates, United Gagal Ikat City Di Puncak Liga