Penyerang Barcelona, Sergio Aguero dilaporkan akan menggantung boot beliau lebih awal berikutan masalah pada jantungnya.

Aguero sebelum ini dibawa keluar dari padang dalam aksi di mana Barcelona seri 1-1 di tempat sendiri menentang Alaves pada 30 Oktober.

Penyerang Argentina itu menyertai Barcelona secara percuma selepas meninggalkan Manchester City pada musim panas lalu.

Namun ketika tiba di Barca beliau terus menjalani pembedahan minor yang membuatkannya berehat beberapa minggu.

Aguero kemudian debut untuk Barcelona pada 17 Oktober menentang Valencia.

Seperti yang dilaporkan oleh wartawan dan dan koresponden Radio MARCA, Gerard Romero menerusi saluran Twitchnya, Aguero akan mengumumkan persaraannya dalam sidang akhbar yang dijadualkan minggu depan.

Aguero sudah memaklumkan kepada kelab bahawa beliau terpaksa bersara. Sebelum ini doktor perubatan menasihati Aguero untuk bersara kerana terlalu berisiko untuk bermain bola sepak profesional.

Aguero bermain hanya lima perlawanan untuk Blaugrana dan berjaya menjaringkan gol sekali, dalam El Clasico menentang Real Madrid di Camp Nou.

Secara keseluruhan, dia bermain 165 minit untuk Barcelona dalam LaLiga Santander dan Liga Juara-Juara sebelum meninggalkan padang menentang Alaves kerana masalah sakit dada dan sesak nafas.

Pemeriksaan perubatan menunjukkan Aguero mengalami aritmia ataupun masalah pada kadar degupan jantungnya. Aguero awalnya menyatakan dia tak akan bersara dan cuba untuk kembali.

Namun nampaknya, legenda dari Argentina itu terpaksa meninggalkan lapangan bola sepak lebih awal.

Selamat bersara Kun Aguero.

Baca juga artikel

United Bincang Pampasan Ole, Bakal Dipecat Selepas Aksi ‘Penkaq’ Di Vicarage Road

EPL: Liverpool Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal Dengan Kemenangan 4-0 Di Anfield

EPL: Watford Tabur Garam Pada Luka United, Maguire Kad Dibuang Padang