Kira-kira separuh daripada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim ini memerlukan lebih banyak masa bagi meraih persetujuan dengan pemain dan pegawai mengenai isu pemotongan gaji.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata perpanjangan waktu diminta oleh pasukan bagi memastikan keputusan terbaik dicapai dan tidak merugikan kedua-dua belah pihak.

Liga Malaysia
Sumber Gambar: FAM

“Saya berhubung dengan semua pasukan dan ahli gabungan FAM, separuh daripada kesemua pasukan telah memulakan perbincangan dan sudah ada tanda positif, 50 peratus lagi perlukan masa dan lebih perbincangan, namun bukan sebab tiada persetujuan tetapi ia perlu lebih diperhalusi.

“Jika pasukan perlukan lanjutan dua atau tiga hari, saya sedia bekerjasama sebab kita (FAM) mahukan hasil terbaik daripada perbincangan di peringkat kelab itu sendiri,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sebelumnya, FAM menetapkan bahawa semua pasukan perlu mencapai persetujuan dengan pemain dan pegawai mengenai kaedah pemotongan gaji pada Rabu ini.

Liga Malaysia
Sumber Gambar: MUSA

Setakat ini, tiga pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka United dan terbaru Felda United bersetuju untuk melaksanakan kaedah pemotongan gaji pemain.

Di saingan Liga Perdana pula, UKM FC dan Kuching FA terlebih dahulu mencapai persetujuan dengan para pemain untuk mengambil langkah sama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

K.Sarkunan Tidak Sabar Untuk Kembali Beraksi

Paulo Josue Mahu Akhiri Karier Bersama Skuad The City Boys

Satiananthan Tidak Setuju Dengan Cadangan Pembatalan Liga Malaysia 2020