Pemilikan Saudi di Newcastle United masih dalam proses untuk dimuktamadkan. Ini selepas bakal pemilik baharu mereka telah membayar wang pendahuluan kepada Mike Ashley.

Dan pada masa yang sama, terdapat klausa yang menghalang mana mana pihak untuk menarik diri di saat akhir.

Tetapi selepas itu terdapat aduan rasmi dibuat oleh BeIN Sports dan Amnesty. BeIN menuduh pihak Arab Saudi sebelum ini sudah mencabuli hak cipta penyiaran Liga Perdana Inggeris di negara mereka.

The Magpies hampir dibeli dengan dana berdaulat, yang melibatkan putera mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, dengan harga sekitar £300 juta.

Perjanjian itu dilaporkan akan menyaksikan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi akan membeli 80 peratus kepentingan di Newcastle, yang dimiliki oleh Mike Ashley selama 13 tahun.

BeIN SPORTS telah mendesak Liga Perdana Inggeris untuk menghalang pengambilalihan itu kerana kebimbangan yang timbul berkaitan dengan isu penyiaran haram sebelum ini.

Platform beoutQ, telah dikenal pasti sebagai saluran haram yang telah menayangkan beberapa acara sukan secara langsung termasuk perlawanan Liga Perdana di beberapa wilayah Timur Tengah.

Ini selepas Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Qatar.

Dalam surat rasmi mereka kepada EPL, Yousef al-Obaidly, ketua eksekutif beIN SPORTS, berkata kepada pengerusi kelab Liga Perdana Inggeris bahawa: “Pengambilalihan Newcastle United [telah] akan memberikan kerugian besar kepada pendapatan kelab anda dan komersial Liga Perdana”.

Beliau juga menambah bahawa impak teruk ekonomi yang timbul kerana pandemik koronavirus menyebabkan aktiviti haram beoutQ tidak akan dapat dibendung lagi.

Pada bulan Ogos 2018, Liga Perdana Inggeris telah menerbitkan surat terbuka yang mengecam beoutQ dan menyatakan beIN sebagai pemegang hak yang sah untuk Liga Perdana di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

EPL juga menegaskan bahawa mereka telah melantik penasihat perundangan di Arab Saudi untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam penyiaran haram, yang digambarkannya sebagai “operasi lanun yang sangat canggih”.

“Kami menjalankan program anti-cetak rompak yang signifikan di banyak negara untuk melindungi hak cipta Liga dan kelab kami.”

“Seperti semua pencipta kandungan dan pemilik hak yang lain, model perniagaan kami berasaskan pada kemampuan untuk memasarkan dan menjual hak yang dilindungi.”

Selain daripada BeIN, penjualan kelab itu kepada pihak Saudi telah mengundang kritikan dari Amnesty International.

Mereka menyatakan kerisauan ke atas kesepakatan pengambilalihan Newcastle ini akan digunakan sebagai alat untuk mengalihkan perhatian dunia daripada isu hak asasi manusia yang melibatkan Arab Saudi.

Mohammed bin Salman sebelum ini disyaki menjadi dalang kepada pembunuhan wartawan sukan bernama Jamal Kashoggi di Turki.

http___com.ft.imagepublish.upp-prod-us.s3.amazonaws

Khashoggi merupakan wartawan yang lantang mengkritik dasar kerajaan Arab Saudi telah dibunuh pada 2018 di kedutaan Arab Saudi di Turki.

Ketika itu Jamal pergi ke kedutaan Arab Saudi pada 2 Oktober 2018, untuk mendapatkan dokumen sokongan bagi mengahwini tunangnya.

Penyiasat percaya bahawa ketika dia menunggu di luar, dia telah dibunuh dan jenazah Khashoggi tidak pernah dijumpai.

Pembunuhan mengerikan itu mengejutkan dunia dan Pelapor Khas PBB, Agnes Callamard mengatakan terdapat bukti yang boleh dipercayai bahawa Putera Mahkota Mohammed dan pegawai tinggi Arab Saudi yang lain bertanggungjawab secara individu.

Sebuah mahkamah di Arab Saudi tahun lalu menjatuhkan hukuman mati kepada lima orang dan memenjarakan tiga yang lain atas pembunuhan itu.

Turki secara berasingan telah mengenakan pertuduhan terhadap 20 suspek di atas pembunuhan tersebut.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang dikaitkan dengan tuduhan mengarahkan pembunuhan tersebut telah menafikan penglibatan beliau.

Beberapa minggu lalu tunang kepada Khashoggi menentang pemilikan tersebut. Ini kerana menurutnya, Mohammed bin Salman cuba menggunakan Newcastle untuk membersihkan nama dan reputasinya.

Premier League akan membincangkan tentang pertukaran pemilikan di Newcastle dalam masa terdekat ini.

Dilaporkan ketika ini terdapat 10 pemilik kelab di EPL mahu menentang pemilikan tersebut yang dikhuatiri akan mencalarkan imej Liga Perdana Inggeris.

Ini tamparan yang hebat kepada Newcastle yang memerlukan mandat daripada rakan kongsi EPL yang lain.

Berdasarkan prosedur terbaru, pemilik juga akan disiasat kes jenayah ataupun salah laku mereka di luar UK, berbanding dengan sebelum ini hanya menyiasat kesalahan di sekitar UK sahaja.

Jika Mohammed bin Salman gagal mendapatkan mandat daripada Premier League, maka beliau perlu mendapatkan kuasa budi bicara daripada kerajaan. Dan yang tertinggi pastinya kuasa baginda ratu Elizabeth.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Cannavaro: Orang Tengok Messi, Saya Tengok Iniesta

Kerajaan UK Beri Lampu Hijau EPL Kembali Seawal 1 Jun

Presiden Lyon Secara Tak Langsung Dedah Tarikh Liga UCL Bersambung Semula