Gol penyamaan lewat Niclas Fuellkrug berjaya memastikan Jerman seri 1-1 dengan Sepanyol dan persaingan kumpulan E menjadi sangat sengit.

Keputusan perlawanan yang dianggap ‘blockbuster’ itu – melibatkan Jerman dan Sepanyol menyaksikan kumpulan E kekal terbuka kepada semua pasukan.

Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata membolehkan Sepanyol berada di landasan tepat untuk memastikan kelayakan dari Kumpulan E.

Namun  aksi cemerlang Jamal Musiala dan Fuellkrug bergabung untuk menggagalkan La Roja dan memulihkan sedikit maruah Jerman yang sebelum ini dikejutkan oleh Jepun.

Kemenangan mengejut Costa Rica ke atas Jepun sebelum ini mengurangkan sedikit tekanan ke atas Jerman selepas kekalahan mengejut mereka kepada pasukan Asia, tetapi mereka tidak dapat memanfaatkan untuk tempoh yang besar dalam pertempuran untuk mendapatkan bola menentang Sepanyol.

Juara dunia empat kali itu mengalami penyingkiran memalukan peringkat kumpulan di Rusia empat tahun lalu.

Kali ini, gol daripada  Morata di Stadium Al Bayt menyebabkan mereka berada dalam bahaya terseingkir awal sekali lagi.

Namun begitu, penyerang Werder Bremen, Fuellkrug menyudahkan dengan cemerlang untuk memastikan kedua dua pasukan berkongsi mata.

Sepanyol mendahului Kumpulan E dengan empat mata, dengan Jepun dan Costa Rica, masing masing mendapat 3 mata.

Manakala Jerman hanya ada satu mata, dengan pusingan akhir perlawanan peringkat kumpulan yang akan datang bakal menjadi penentu kepada semua pasukan.

Aksi di antara Jerman dan Sepanyol kali ini menepati statusnya sebagai pertarungan tumpuan dua pasukan gergasi Piala Dunia.

Hansi Flick dan Luis Enrique masing masing merencana taktikal yang sangat bagus. Kedua dua pasukan cuba menekan di kawasan tinggi lebih awal.

Jurulatih Jerman Hansi Flick menafikan bahawa pasukannya telah terganggu dalam kekalahan mengejut mereka pada pembukaan oleh Jepun adalah kerana pasukannya hilang fokus kepada bola sepak.

Ini selepas Jerman ketika itu melakukan protes selepas dilarang memakai lilitan pelangi.

Flick menyisihkan Kai Havertz daripada barisan kesebelasan utamanya dan menempatkan Thomas Mueller di hadapan selepas kekalahan pada hari pembukaan yang mengejutkan mereka.

Fick mengharapkan reaksi yang cepat dalam perlawanan.

Namun begitu, Sepanyol terlebih dahulu di hadapan. Tidak mahu episod kekalahan berulang, Jerman menunjukkan karakter sebenar mereka.

Jerman mulai bermain lebih agresif berdepan dengan Sepanyol. Akhirnya mereka mendapat gol penyamaan pada separuh masa kedua.

Namun kedua dua pasukan masing masing gagal untuk mendapatkan gol kedua. Ianya keputusan yang adil bagi kedua dua pasukan.