Sepakan percuma lewat perlawanan Iago Aspas telah mengejutkan Barcelona pada aksi malam Sabtu – ketika Celta dua kali berjuang untuk bangkit mendapatkan satu mata dari Barca.

Ia telah memberi tamparan hebat kepada harapan kejuaraan oleh lawan mereka, Barcelona.

Walaupun juara bertahan dua kali mendahului di BalaĂ­dos, namun Barcelona gagal untuk bertahan lebih baik dan membuatkan musuh tradisi mereka, Real Madrid kini memiliki kelebihan.

Semua mata tertumpu pada Lionel Messi sekali lagi ketika dia berusaha untuk menjaringkan gol ke-700 dalam kariernya.

Akibat tumpuan yang terlalu kuat diberikan itulah pemain Celta melepaskan Suarez yang tak dikawal ketika Messi mengambil sepakan percuma.

Messi dengan licik telah menghantar bola ke Suarez, yang menanduk masuk pada minit ke-20.

Ini bukan kali pertama Messi dan Suarez bereksperimen dengan Celta Vigo.

Celta memang telah memberikan banyak masalah, namun seringkali dikecewakan oleh kegagalan membuat keputusan akhir.

Kesilapan di bahagian tengah pasukan pelawat pada babak kedua membolehkan Okay Yokuslu menerima bola.

Beliau menghantar kepada Fyodor Smolov untuk penyudah paling mudah untuk menyamakan kedudukan.

Di pertengahan separuh masa kedua, Barcelona memperoleh kembali pendahuluan ketika mereka memenangi kembali bola di zon berbahaya sebelum Suárez mencipta ruang untuk berpusing di dalam kotak dan mencari sudut.

Suarez merembat masuk bola tersebut untuk gol kedua.

Namun seorang lagi bekas pemain Liverpool, Iago Aspas tampil sekali lagi dengan magisnya.

Beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-88 melepasi Marc-André ter Stegen yang kebingungan melihat sepakan percuma itu.

Pada masa kecederaan Ter Stegen menyelamatkan pasukannya daripada kalah dengan satu save.

Keputusan seri ini memberikan kelebihan kepada Real Madrid dari segi persaingan kejuaraan.

Ini kerana Real kini masih kurang satu perlawanan.

Baca juga perkembangan lain

Jaringan Lewat Masa Tambahan Maguire Hantar United Ke Wembley

Kesebelasan Impian Tevez Dipenuhi Pemain United Dan Tiada Pemain City

EPL: Liverpool Semakin Hampiri Kejuaraan Selepas Membelasah Palace