Sepak mula saingan Thai League musim 2021/2022 tepaksa ditunda selama dua minggu setelah situasi pandemik COVID-19 di negara itu yang masih berada di paras berbahaya.

Kementrian Sukan Thailand (SAT) meminta badan pengelola liga dan badan bola sepak negara itu untuk menunda sebarang aktiviti sukan buat sementara waktu kerana mahu mengelak jangkitan berskala besar tatkala negara itu masih mengalami kes harian yang mencecah lebih lima ribu kes ketika ini.

“Pihak berkuasa meminta kerjasama dari badan sukan agar menunda sebarang aktiviti sukan yang melibatkan kehadiran peminat. Ini kerana terdapat risiko untuk penularan berlaku ketika situasi tidak menentu seperti sekarang,” dipetik dari satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SAT.

Setelah mendapat gesaan daripada pihak kerajaan, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dan Thai League selaku pengelola liga telah mengadakan pertemuan dan kemudiannya memutuskan untuk menangguh tarikh sepak mula selama dua minggu.

Oleh itu, saingan Thai League yang sepatutnya bermula pada 31 Julai ini ditangguhkan dan tarikh 13 Ogos dipilih sebagai tarikh baharu untuk saingan tersebut dibuka secara rasmi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Lalenok United Dan Visakha Tolak Tawaran Jadi Tuan Rumah Saingan Piala AFC Zon Asean

JDT Sekadar Terikat Tanpa Jaringan Dengan Ratchaburi

Andik Vermansah Menyesal Pilih Gaji Besar, Tolak Tawaran Bermain Di Amerika Dan Jepun