Pasukan Kedah terus dilanda masalah apabila salah seorang pemain mereka meminta untuk menamatkan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Menurut laporan Berita Harian, pemain tempatan itu telah menghantar surat permohonan penamatan kontrak melalui wakilnya pada 29 Mei lalu dan KFA dikatakan sudah memberi maklumbalas terhadap permohonan itu.

Kedah
Sumber Gambar: Kedah FA

“Saya sudah mengemukakan surat permohonan pembatalan kontrak melalui wakil saya kepada pihak KFA dan ketika ini biarlah KFA sendiri yang mengumumkan keputusan berkenaan.

“Tujuan saya mengemukankan surat menamatkan kontrak berkenaan adalah atas pilihan sendiri dan ingin menumpukan perhatian penuh kepada urusan keluarga.

“Perkara ini lebih bersifat peribadi dan perancangan semasa yang saya lakukan bukan berniat mahu meninggalkan Kedah disebabkan masalah tunggakan gaji seperti dialami ketika ini,” kata pemain tersebut.

Spekulasi mula muncul di laman media sosial mengenai pemain mana yang meminta penamatan kontrak kepada KFA.

Kedah
Sumber Gambar: mStar

Ramai pihak percaya pemain tersebut ialah pertahanan kiri pasukan iaitu Azmeer Yusof.

Azmeer merupakan salah seorang pemain dalam skuad sedia ada yang membantu Kedah memenangi Piala Malaysia pada 2016 lalu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Asmirul Anuar Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Langsaikan Tunggakan Gaji Pemain Kedah

Muhammad Sanusi Bakal Presiden Baharu Kedah FA?

Pemain Kedah Baru Terima 50 Peratus Gaji Februari, Mac Dan April Masih Tertunggak