Malaysia akan turun dalam satu aksi persahabatan antarabangsa menentang Brunei hari ini dan ketua jurulatih pasukan, Kim Pan-gon menyatakan beliau akan menurunkan ‘senjata rahsia’ bagi aksi malam ini.

Brunei menjadi aksi pemanas badan pertama bagi pasukan negara sebelum menghadapi saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula pada 8 Jum ini.

Pan-gon menyatakan beliau bakal menurunkan senjata rahsia dan ramai pihak berpendapat senjata rahsia ini akan melibatkan pemain di bahagian serangan.

Kim Pan-gon
Sumber Gambar: FAM

“Banyak maklumat yang baharu telah diberikan kepada pemain. Mungkin esok kita akan cuba menggunakan senjata rahsia. Tapi mungkin ia masih belum lagi sempurna,” katanya dipetik dari laporan Cakap Sukan.

Jika senjata rahsia yang dimaksudkan ialah di bahagian serangan, mungkin ada perubahan dari segi penyerang utama pasukan yang sebelum ini diisi oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Syafiq Ahmad.

Kim Pan-gon memanggil seramai lima penyerang iaitu Syafiq Ahmad, R.Kogileswaran, Darren Lok, Guilherme De Paula dan Norshahrul Idlan Talaha dalam skuad kali ini.

Kim Pan-gon
Sumber gambar: MFL

Sekiranya pengendali dari Korea Selatan itu mahu mencuba sesuatu yang baharu, besar kemungkinan Darren akan diberikan tanggungjawab sebagai penggempur utama pasukan bagi menentang Brunei.

Satu lagi kemungkinan ialah kembalinya De Paula dalam kesebelasan utama setelah kali terakhir beliau beraksi ialah ketika saingan Piala AFF Suzuki 2020 ketika pasukan negara dibimbing oleh Tan Cheng Hoe.

Jika dilihat dari segi prestasi semasa, Darren dilihat lebih sesuai kerana beliau mendapat minit permainan yang cukup bersama Petaling Jaya City dalam saingan Liga Super selain telah menjaringkan lima gol setakat ini.

Setelah berdepan Brunei, pasukan negara akan menghadapi satu lagi aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 1 Jun dan kemudiannya akan memulakan saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Malaysia berada dalam kumpulan E dan akan menentang Turkmenistan (8 Jun 2022), Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), kesemuanya akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Saksikan perlawanan-perlawanan Harimau Malaya ini secara langsung di TV9 atau boleh klik sini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Masalah Dokumentasi Belum Selesai, Nooa Laine Tidak Dapat Beraksi Di Piala Asia B-23

Perak Bakal Tubuhkan Akademi, Mahu Gunakan Model Arsenal Dan Ajax Amsterdam

Pemain Piala Presiden Selangor Disahkan Meninggal dunia