Senegal akhirnya menebus kekecewaan pada final edisi 2019 dengan memenangi pertarungan final menentang Mesir. Pada masa yang sama Senegal melengkapkan sejarah panjang bila sepak mereka dengan kejuaraan Afrika pertama.

Perlawanan untuk 120 minit berakhir tanpa jaringan. Dan Mesir sekali lagi bertarung dalam penalti. Mesir antara pasukan yang paling banyak beraksi masa ekstra dan juga penalti pada edisi kali ini.

Walaupun dari segi ciptaan peluang, kedua dua pasukan nampak agak seimbang. Namun dari segi penguasaan bola, Senegal ternyata lebih dominan.

Kedua dua pasukan terus cuba menyerang sejak minit pertama lagi.

Senegal malah mendapat penalti pada minit keempat selepas Saliou Ciss dikasari oleh Mohamed Abdelmonem. Namun penjaga gol Mesir, Abou Gabal sekali lagi membuktikan bahawa dia seorang penyelamat penalti yang sangat bagus apabila menepis percubaan deras Sadio Mane.

Menit ke-12, Sarr melepas tendangan cukup keras dari luar kotak penalti. Namun bola masih bisa diantisipasi dengan baik oleh Abou Gabal.

Menit ke-23, Sadio Mane berpeluang menebus kesilapannya namun masih gagal menewaskan Abou Gagal. 4 mini kemudian, Mohamed Salah menguji Edouard Mendy namun percubaannya lemah.

Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.

Pada separuh masa kedua, Mesir memperbaiki intensiti permainan mereka. Tetapi Senegal masih tampil dominan.

Gueye melakukan percubaan minit ke-50 dan sekali lagi Abou Gabal menafikannya.

Peluang Mesir hadir pada minit ke-72 apabila Hamdi menerima bola lintang. Malangnya tandukan beliau tidak tepat ke sasaran.

Aksi pada separuh masa kedua juga buntu dan diheret ke masa ekstra.

Senegal mencipta keberapa peluang dalam aksi masa ekstra. Tetapi tidak satu pun masuk.

Kedua dua pasukan akhirnya terpaksa menentukan siapakah Raja Afrika yang baharu menerusi penentuan penalti.

Kalidou Koulibaly dan Zizo masing masing menjaringkan gol pada percubaan pertama untuk pasukan masing masing.

Abdou Diallo turut berjaya dalam tugasannya. Malangnya Abdelmomen gagal dalam penalti kedua untuk Mesir.

Abou Gabal kemudian menafikan sepakan Bouna Sarr. Seterusnya Marwan Hamdy menjadikan kedudukan 2-2.

Bamba Dieng tampil tenang menewaskan Abou Gabal. Dan kemudian Mohamad Lasheen gagal menewaskan Mendy untuk meletakkan Senegal 3-2.

Sadio Mane kemudian mara untuk mengambil sepakan penentuan. Dan bintang Liverpool itu memastikan Piala Afrika milik Senegal.

Ia merupakan kejuaraan Afrika yang pertama buat Senegal.