Senegal mahu mencari bomoh untuk sembuhkan segera Sadio Mane.

Pemain penyerang Bayern Munich itu mengalami kecederaan sebelum Piala Dunia bermula.

Kecederaannya dilaporkan memerlukan dia disisihkan sekurang kurangnya 4 minggu ataupun sebulan.

Setiausaha Agung FIFA dari Senegal, Fatma Samoura menyatakan perkara itu menerusi wawancara bersama Europe 1. Dia berkata, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Sadio Mane bermain dalam temasya Piala Dunia 2022.

Ianya bukan perkara yang asing orang Afrika. Mereka masih ada kepercayaan yang kuat kepada bomoh dan dukun mereka.

Beberapa bulan lalu, Paul Pogba yang berdarah Afrika, mengakui dia membelanjakan jutaan dollar untuk mengupah bomoh bagi melindunginya daripada kecederaan.

Dengan kaedah rawatan moden sudah memberikan tempoh kesembuhan Mane adalah paling awal sekitar 4 minggu, Fatma berkata mereka kini mencari ikhtiar lain dengan mencari bomoh yang boleh menghilangkan kesakitan Mane tersebut.

Mereka mahu Mane berada dalam pesawat pasukan yang akan ke Qatar.

Dalam aksi berdepan Werder Bremen sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu sempat beraksi 20 minit sahaja. Dia kemudian terduduk di atas padang menyatakan bahawa kakinya sakit.

Cari bomoh sembuhkan Mane

Fatma Samoura berkata: “Ia berita yang sangat besar dan menyedihkan.”

“Kami akan menggunakan dukun kami untuk merawatnya,” tambah beliau lagi.

Ditanya sama ada dia yakin bahawa kaedah tersebut akan membantu, Samoura berkata: “Saya tidak tahu tetapi dalam apa jua keadaan kali ini kami akan merayu mereka.”

“Kami berharap keajaiban, dia harus berada di sana.”

Satu lagi laporan menyebut bahawa, pengurus Senegal, Alliou Cisse akan tetap menyertakan Sadio Mane di dalam pasukannya.

Cisse sedia membawa Mane sebagai pemain pasukan dan kalau boleh hanya beraksi bermula pada aksi ketiga, jika pemain itu dapat pulih lebih cepat daripada jangkaan awal.