Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) secara rasmi mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan berdepan pasukan Malaysia pada 10 Oktober dan Indonesia pada 15 Oktober 2019 nanti.

Dalam senarai 23 pemain itu, seperti dijangka beberapa nama besar dalam skuad kebangsaan Vietnam terpilih termasuk Nguyen Cong Phuong yang kini beraksi bersama pasukan Jupiler PRO League, Sint-Truiden VV di Belgium.

Selain itu, pemain bintang Hanoi FC yang baru sahaja beraksi dalam saingan akhir Interzone AFC Cup 2019 dan sedang meningkat naik Nguyen Quang Hai turut berada dalam skuad itu.

🇻🇳 HLV trưởng Park Hang-seo chính thức đưa ra quyết định về danh sách 25 cầu thủ cho trận gặp Malaysia và Indonesia tại…

Posted by Liên đoàn Bóng đá Việt Nam – VFF on Friday, 4 October 2019

Penjaga gol mereka, Dang Van Lam yang beraksi cemerlang bersama Muangthong United sejak kebelakangan ini hampir pasti kekal sebagai pilihan utama Park Hang-seo dibantu oleh pemain pertahanan muda mereka yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke SC Heerenveen dalam saingan Eredivisie, Doan Van Hau.

69889790_2319984794980519_4159676698054361088_n

Nguyen Cong Phuong dalam sesi latihan skuad kebangsaan Vietnam.

Selain itu, bekas pemain Yokohama FC Nguyen Tuan Anh juga turut berada dalam senarai itu dan pastinya Vietnam akan cuba untuk mengutip 3 mata penuh ditempat sendiri nanti.

Perlawanan bertemu Malaysia nanti merupakan aksi kedua mereka dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 selepas seri 0-0 bertemu Thailand dalam perlawanan pertama.

Artikel lain mengenai pasukan Vietnam untuk rujukan penyokong sejati Harimau Malaya menjelang perlawanan penting minggu hadapan.

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi

Vietnam Hilang Khidmat Luong Xuan Truong Selama 6 Bulan Akibat Kecederaan

Vietnam Umum 32 Pemain Awal Hadapi Malaysia Dan Indonesia Bulan Depan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group