5 Februari 2018, jam 12 malam jendela perpindahan pemain untuk semua liga di Thailand telah ditutup secara rasminya. Ada beberapa maklumat menyatakan tempoh perpindahan dilanjutkan untuk memberi ruang kepada beberapa buah kelab melengkapkan pendaftaran pemain-pemain baru.

Seperti yang telah diputuskan oleh pihak pengurusan liga sebelum ini, liga bola sepak Thailand membuka kuota khas kepada pemain-pemain dari negara-negara ASEAN untuk beraksi dalam liga mereka.

Semua pemain-pemain profesional tahu dan mengakui bahawa, liga bola sepak Thailand merupakan sebuah liga yang paling berprestij dan berkualiti tinggi dirantau Asia Tenggara.

Zulfahmi-Arifin

Jadi, mana-mana pemain yang mendapat tawaran dari kelab-kelab bola sepak Thailand berasa teruja sehinggakan ada yang sanggup menerima gaji yang lebih rendah dari gaji asal semata-mata untuk beraksi disana.

Sehingga tarikh tamat pendaftaran pemain beberapa hari lalu, kebanyakan pemain import kuota ASEAN telah melengkapkan perpindahan mereka lebih awal. VocketFC menyenaraikan nama pemain-pemain import dari ASEAN yang beraksi dalam 4 divisyen utama liga bola sepak Thailand musim 2018.

1) Thai League 1

19756425_1474135035988403_6515908412017286969_n
Terens Puhiri (Port FC)
Kiko Insa (Bangkok Glass)
Kyaw Ko Ko (Chiangrai United)
Aung Thu (Police Tero)
Nanda Lin Kyaw (Prachuap)
Hakaru Minegishi (Pattaya United)
Michael Falkesgaard ( Bangkok United)
Mark Hartmaan (Ubon UMT FC)
Gabriel Kuak (Navy FC)
Zulfahmi Arifin (Chonburi)
Hoang Vu Samson (Buriram United)
Michal Nguyen (Air Force)

2) Thai League 2

baihakki_udonthani_0

Ryuji Utomo (PTT Rayong)
Yanto Basna (Khonkaen)
Aung Kyaw Naing (Angthong)
Kaung Sat Naing (Samut Sakhon)
Izwan Mahbud (Nongbua Pitchaya)
Hassan Sunny (Army United)
Baihakki Khaizan (Udon Thani)
Kesley Alves (Krabi)

3) Thai League 3

Kyaw Phyo Wai (Phuket City)
Win Hlaing Oo (Rayong United)

4) Thai League 4

Thothilath Sibounhvang ( Samut Prakan)
Phoutthasay Khochalern (Nakhon Phathom)
Chanthapone Waenvongsoth (Nan)
Mitsada Saitaifah (Pattani FC)

Secara keseluruhannya, seramai 26 pemain import kuota ASEAN telah melengkapkan perpindahan mereka dalam saingan liga Thailand musim 2018. Jika dilihat mengikut negara, Myanmar mendahului dengan 7 pemain mereka berjaya menerima kontrak, diikuti oleh Singapura 5, Kemboja 4, Indonesia 3, Vietnam 3, Filipina 3 dan Malaysia hanya 1 pemain.