Kempen kelayakan bagi saingan AFC B-16 Tahun yang akan diadakan di Bahrain telahpun tamat dimana seramai 16 pasukan telahpun mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan yang akan berlangsung pada 16 September sehingga 3 Oktober 2020 itu.

Seramai 47 buah negara mengambil bahagian dalam kempen kelayakan kali ini dimana mereka dibahagikan kepada 11 kumpulan. 11 pasukan yang muncul sebagai pemenang peringkat kumpulan serta 4 pasukan yang berada di tangga kedua dengan catatan terbaik akan mengiringi Bahrain ke pusingan akhir.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang telah layak ke pusingan akhir saingan AFC B-16:

1. Bahrain – Tuan rumah
2. Tajikistan – Pemenang Kumpulan A
3. India – Pemenang Kumpulan B
4. Iran – Pemenang Kumpulan C
5. Arab Saudi – Pemenang Kumpulan D
6. Qatar – Pemenang Kumpulan E
7. Emiriah Arab Bersatu (UAE) – Pemenang Kumpulan F
8. China – Pemenang Kumpulan G
9. Australia – Pemenang Kumpulan H
10. Korea Utara – Pemenang Kumpulan I
11. Jepun – Pemenang Kumpulan J
12. Korea Selatan – Pemenang Kumpulan K
13. Yaman – Pasukan Tangga Kedua Terbaik Pertama
14. Indonesia – Pasukan Tangga Kedua Terbaik Kedua
15. Uzbekistan – Pasukan Tangga Kedua Terbaik Ketiga
16. Oman – Pasukan Tangga Kedua Terbaik Keempat

Pasukan Jepun merupakan juara bertahan selepas mereka menewaskan pasukan Tajikistan pada perlawanan akhir edisi tahun lalu di Kuala Lumpur manakala pasukan Indonesia menjadi satu-satunya wakil dari rantau Asia Tenggara yang beraksi dalam saingan tersebut.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-16 Tahun di sini:

Maniam Bangga Dengan Semangat Juang Pemain Malaysia B-15

Gol Minit Akhir Jepun B16 Menutup Rapat Peluang Malaysia Mara Ke Kejohanan AFC B16 2020

AFC B16 2020: Indonesia Wakil Tunggal Asia Tenggara Layak Ke Pusingan Akhir