Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan 32 pemain bawah 18 tahun untuk menyertai sesi latihan dan pemilihan skuad bagi kelayakan kejohanan AFC B19 2020 yang akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 11 November 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Sesi kem latihan dan pemilihan itu akan diadakan selama 3 hari, dan pemain-pemain yang dipanggil diminta untuk melaporkan diri kepada ketua jurulatih Bradley John Maloney pada hari Sabtu, 28 September 2019 sebelum jam 12 tengahari di Wisma FAM.

malaysia

Senarai 32 pemain yang terpilih menyertai sesi latihan dan pemilihan tersebut adalah seperti berikut;

  • Sikh Izhan Nazrel bin Sikh Azman (AMD)
  • Harith Haiqal bin Adam Afkar (AMD)
  • Luqman Hakim bin Shamsudin (AMD)
  • Muhammad Raimi bin Shamsul (AMD)
  • Muhammad Firdaus bin Kaironisam (AMD)
  • Muhammad Firdaus bin Ramli (AMD)
  • Muhammad Umar Hakim bin Suhar Redzuan (AMD)
  • Ahmad Zikri bin Mohd Khalili (AMD)
  • Muhammad Azrin Afiq bin Rusmini (AMD)
  • Muhammad Fahmi Daniel bin Mohd Zaaim (AMD)
  • Muhammad Alif bin Abdul Mutalib (AMD)
  • Muhammad Azrul Haikal bin Ramlee (AMD)
  • Muhammad Faris bin Kamardin (Selangor)
  • Muhammad Fakrul Iman bin Naszari (Selangor)
  • Muhammad Iqmal bin Ramlan (Selangor)
  • Firdaus Imran bin Ramlan (PKNP)
  • Muhd Mukhairi Ajmal bin Mahadi (PKNP)
  • Muhammad Aidil bin Azuan (PKNP)
  • Muhammad Azim bin Abu Zaid (Melaka)
  • Muhammad Shafi Aszwad bin Sapari (Melaka)
  • Muhammad Azam bin Azmi Murad (Terengganu)
  • Muhd Muslihudin Atiq bin Mat Zahid (Terengganu)
  • Muhd Rahadi Azli bin Rahalim (Terengganu)
  • Mohd Aiman Afif bin Md Afizul (Kedah)
  • Muhammad Aikmal bin Roslan (Negeri Sembilan)
  • Premananthan Dorai Manickam (Perak)
  • Mohd Nasim bin Mohammad Zain (Sabah)
  • Alan Lagang Keryer (Sarawak)
  • Muhammad Diniz bin Irwan (Selangor United)
  • Muhammad Adam Malique Daniel bin Ady (Felda United)
  • Arif Aiman bin Muhd Hanapi (JDT)
  • Satthyvel Murugiah (PJ City)

Skuad akhir 23 pemain akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja pada 31 Oktober 2019 dari KLIA, dan kembali semula pada 11 November 2019.

Aust-Mas-U18-3

Skuad bimbingan Bradley John Maloney itu diundi dalam kumpulan G bersama-sama Thailand, Kemboja, Brunei dan Kepulauan Marina Utara. 12 juara kumpulan serta 4 pasukan naib juara terbaik akan layak beraksi dalam kejohanan AFC B19 2020 yang akan berlansung di Uzbekistan.

Pasukan yang berjaya layak ke pusingan separuh akhir kejohanan itu akan menerima slot AFC ke kejohanan Piala Dunia B20 2021.

Artikel lain berkaitan dengan pasukan bawah 18 tahun Malaysia.

KV Kortrijk, Kelab Divisyen Utama Liga Belgium Sambar Luqman Hakim Dengan Kontrak 5 Tahun

Luqman Hakim Mahu Bawa Malaysia Ke Kejohanan B-19 AFC 2020

Bekas Penyerang Skuad Kebangsaan Beri Nasihat Kepada Luqman Hakim

Peter De Roo: Luqman Hakim Masih Belum Bersedia Sarung Jersi Senior Skuad Kebangsaan Malaysia