Kejayaan pemain muda, Aqil Arazi Aziz yang menyertai kelab Perancis, AS Cannes menambahkan lagi senarai anak muda Malaysia yang beraksi di Eropah.

Setelah sebulan menjalani ujian dan juga latihan bersama Cannes, Aqil berjaya menandatangani kontrak dan akan beraksi bersama kelab yang beraksi di divisyen kelima bola sepak Perancis itu.

Sebelum Aqil, beberapa pemain telah beraksi di Eropah terlebih dahulu dan di sini merupakan senarai pemain muda negara yang beraksi di benua tersebut.

1. Luqman Hakim – KV Kortrijk

Pemain Muda
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Luqman Hakim menjadi nama yang paling menonjol dalam senarai ini dimana beliau beraksi bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

2. Omar Raiyan Kama Azlan – Red Star Belgrade

Pemain Muda
Sumber Gambar: Harimau Abroad

Omar Raiyan disenaraikan dalam skuad B-17 tahun kelab Serbia, Red Star Belgrade bagi menghadapi saingan musim 2020/2021.

3. Alle Putra Azril – FC Malaga City

Pemain Muda
Sumber Gambar: Stadium Astro

Alle Putra mendapat tajaan untuk berlatih bersama salah satu akademi di Sepanyol iaitu FC Malaga City.

4. Muhammad Diniz Irwan – Eddersheim FC

Pemain Muda
Sumber Gambar: Astro Awani

Diniz Irwan beraksi bersama kelab yang bersaing di divisyen kelima bola sepak Jerman, Eddersheim FC.

5. Jaami Qureshi – Brighton and Hove Albion

Pemain Muda
Sumber Gambar: Harimau Abroad

Jaami beraksi bersama akademi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton and Hove Albion dan baru-baru ini, Jaami menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun.

6. Nathaniel Shio Hong Wan – Wolverhampton Wanderers

Pemain kacukan China-Malaysia ini beraksi bersama satu lagi kelab EPL, Wolverhampton Wanderers. Hong Wan sebelumnya menyatakan beliau terbuka untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

7. Adam Hamid – Red Star Belgrade

Adam Hamid merupakan rakan sepasukan Omar Raiyan di Red Star Belgrade.

Seorang lagi pemain muda, Kobe Chong ketika ini masih lagi belum menandatangani sebarang kontrak dengan mana-mana kelab. Kobe sebelumnya pernah beraksi bersama Cagliari Calcio di Itali, Sporting Lisbon di Portugal dan West Bromwich Albion di England.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara di sini:

Sumareh Buat Penampilan Pertama Bersama Police Tero FC, Impak Positif Dipamerkan Berjaya Curi Tumpuan

Luqman Hakim Alami Kecederaan, Terpaksa Berehat Tiga Minggu

Safawi Rasid Minta Penyokong Untuk Bersabar