Kurang daripada 24 jam saingan Piala AFF Suzuki 2020 akan membuka tirai dimana semua pasukan sudah bersedia untuk beraksi dalam saingan edisi kali ini.

Saingan edisi 2020 bakal menampilkan kelainan yang tersendiri dimana beberapa pemain yang berpangkalan di Eropah akan memperkuatkan pasukan bertanding sekaligus memberi kelainan yang tersendiri.

Berikut adalah pemain yang berpangkalan di Eropah yang mengambil bahagian dalam saingan edisi 2020.

Malaysia (Dion Johan Cools dan Luqman Hakim)

Malaysia
Sumber Gambar: FAM

Dion Johan Cools (FC Midtjylland) dan Luqman Hakim (KV Kortrijk) menjadi pilihan Tan Cheng Hoe bagi memperkuatkan pasukan dalam usaha untuk mara ke perlawanan akhir.

Indonesia (Elkan Baggott, Egy Maulana Vikri dan Witan Sulaeman)

Indonesia
Egy Maulana Vikri

Indonesia mengharapkan tiga pemain muda mereka iaitu Elkan Baggott (Ipswich Town), Egy Maulana Vikri (FK Serenica) dan Witan Sulaeman (Lechia Gdańsk) bagi membantu pasukan untuk memberikan saingan dalam kumpulan B yang turut diisi oleh Malaysia dan juara bertahan, Vietnam.

Laos (Billy Ketkeophomphone)

Piala AFF Suzuki 2020
Billy Ketkeophomphone

Billy merupakan pemain kelahiran Perancis dan beliau beraksi bersama kelab divisyen 2 Perancis, USL Dunkerque. Pemain berusia 31 tahun itu mempunyai pengalaman luas di Perancis dimana beliau pernah beraksi dengan beberapa kelab ternama Ligue 1 seperti Strasbourg, Angers SCO dan A.J. Auxerre.

Thailand (Thanawat Seungchitthawon, Kawin Thamsatchanan, Jonathan Khemdee)

Thailand
Sumber Gambar: Changsuek

Ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking masih menagih khidmat penjaga gol veteran, Kawin Thamsatchanan (OH Leuven) selain dua pemain muda iaitu Thanawat (Leicester City) dan Khemdee (Odense BK).

Filipina (Harry Föll, Jesper Nyholm, Ángel Guirado)

Piala AFF Suzuki 2020
Jesper Nyholm

Bekas pemain Negeri Sembilan, Angel Guirado (Alhaurin Torre) dipanggil bagi memperkuatkan jentera serangan di samping dua pemain iaitu Jesper Nyholm (Djurgårdens) dan Harry Föll (FC 08 Villingen).

Singapura (Ikhsan Fandi)

Ikhsan Fandi
Sumber Gambar: Raufoss

Anak Fandi Ahmad yang beraksi di Norway bersama FK Jerv ini menjadi salah satu harapan Singapura di bahagian serangan dalam saingan edisi kali ini.

Baca artikel lain mengenai saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Pengurus Skuad Thailand Tenang ‘Tabur’ Bonus RM2.5 Juta Jika Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta

Tan Cheng Hoe Harap FC Midtjylland Beri Pelepasan Lebih Awal Untuk Dion Cools Bersama Malaysia