Tawaran yang diberikan oleh kelab yang beraksi dalam saingan Liga Primeira Portugal musim ini, Portimonense SC kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mendapatkan pemain sayap mereka, Safawi Rasid nyata mendapat sambutan yang meriah khususnya dari peminat bola sepak tanah air.

JDT menerusi laman media sosial mereka, Johor Southern Tigers berkata perbincangan antara kedua pihak masih lagi dijalankan sekaligus mereka tidak dapat untuk memberikan butiran penuh mengenai perpindahan Safawi.

Pemain dari rantau Asia bukanlah asing dalam Liga Primeira Portugal dimana ada sekurang-kurangnya tujuh pemain yang beraksi di saingan tersebut musim ini. Berikut adalah senarai pemain Asia yang beraksi di divisyen pertama bola sepak Portugal bagi musim 2020/2021.

1. Ryan Teague – Australia (F.C. Famalicão)

2. Kanya Fujimoto – Jepun (Gil Vicente F.C.)

3. Shūichi Gonda – Jepun (Portimonense S.C.)

4. Koki Anzai – Jepun (Portimonense S.C.)

5. Shoya Nakajima – Jepun (FC Porto)

6. Osama Rashid – Iraq (CD Santa Clara)

7. Kim Jung-min – Korea Selatan (Vitória S.C.)

Antara nama yang menonjol dalam senarai di atas ialah Shoya Nakajima dimana beliau beraksi bersama juara bertahan iaitu FC Porto. Pemain sayap berusia 25 tahun itu mula beraksi bersama Porto sejak musim 2019/2020 dimana sebelumnya beliau beraksi bersama Al-Duhail.

Liga Primeira Portugal
Shoya Nakajima. Sumber Gambar: YouTube

Selain itu ada nama seperti Koki Anzai yang mana beraksi bersama Portimonense, kelab yang memberikan tawaran bagi mendapatkan Safawi Rasid. Uniknya, Kiko pernah beraksi menentang JDT dalam saingan AFC Champions League (AFC) edisi 2018 lalu ketika kedua-dua pasukan bertemu di Larkin.

Apa yang pasti, jika semua berjalan lancar, Safawi berpeluang untuk beraksi bersama pemain hebat yang lain sekaligus dapat meningkatkan lagi kualiti serta tahap permainan mereka.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid dan Portimonense di sini:

TMJ: Kelab Akan Lepaskan Safawi Setelah Saingan Liga Tamat

“Kelab ‘Monitor’ Pemain Kami Dan Offer, Bukan Guna Atau Suruh Kroni Tun Ambil. Tolong Jangan Samakan.” – TMJ

Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal?