Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) ekoran campur tangan pihak ketiga dalam organisasi tersebut.

Penggantungan tersebut sekaligus menyaksikan skuad kebangsaan India tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA seperti Piala Asia 2023 selain tidak boleh menganjurkan temasya Piala Dunia Wanita B-17 tahun.

FIFA
Sumber Gambar: CGTN

Selain India, ada beberapa negara yang sebelum ini pernah digantung oleh badan bola sepak dunia itu ekoran campur tangan dari pihak ketiga yang kebanyakannya datang dari ahli politik dan kerajaan. Berikut adalah senarai negara yang pernah digantung oleh FIFA.

1. Pakistan – April 2021, Oktober 2017
FIFA menggantung Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF) sebanyak dua kali iaitu pada April 2021 dan Oktober 2017 ekoran campur tangan pihak ketiga.

2. Zimbabwe – Februari 2022
Zimbabwe digantung selepas Suruhanjaya Sukan dan Rekreasi negara itu enggan untuk melepaskan Persekutuan Bola Sepak Pakistan Zimbabwe (ZIFA) selepas mengambil alih pentadbiran organisasi itu selepas timbul tuduhan rasuah dalam kalangan ahli.

3. Kenya – Februari 2022
FIFA menggantung Persekutuan Bola Sepak Kenya (KFK) ekoran campur tangan kerajaan yang merupakan kesalahan serius dalam statut FIFA.

4. Chad – April 2021
Chad disingkirkan dari temasya Piala Negara Afrika setelah terdapat konflik antara kementrian sukan dan badan bola sepak negara itu yang menyaksikan kerajaan terpaksa campur tangan dan menubuhkan pasukan khas menguruskan badan bola sepak dengan kelulusan dari presiden.

5. Benin – Mei 2015
Persekutuan Bola Sepak Benin (FBF) digantung selepas ada campur tangan dari badan kehakiman di negara itu yang menyekat pilihan raya badan bola sepak negara tersebut yang bakal dilakukan.

6. Kuwait – Oktober 2015
Kuwait digantung oleh FIFA setelah kerajaan pusat campur tangan dalam urusan organisasi tersebut dimana kerajaan cuba untuk mempengaruhi segala keputusan yang dibuat oleh badan tersebut.

7. Indonesia – Mei 2015
Pertelingkahan antara Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) dan Kementrian Belia dan Sukan negara tersebut mengenai saingan liga domestik menjadi punca FIFA menggantung negara ini daripada sebarang aktiviti bola sepak yang melibatkan pasukan kebangsaan dan liga tempatan.

8. Guatemala – Oktober 2016
FIFA menggantung Persekutuan Bola Sepak Guatemala (FEDEFUT) ekoran isu mengenai kuasa yang diberikan oleh kerajaan kepada jawatankuasa pengawasan yang dilantik untuk meneliti dakwaan rasuah dalam FEDEFUT.

9. Nigeria – Julai 2014
Nigeria digantung setelah pihak kerajaan cuba untuk mengambil alih pasukan kebangsaan yang ketika itu gagal menyinar dalam temasya Piala Dunia. Mahkamah memutuskan badan bola sepak negara itu dilucutkan kuasa dan kerajaan diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pasukan kebangsaan.

10. Iraq Mei 2008, November 2009
Iraq digantung sebanyak dua kali kerana campur tangan kerajaan yang membubarkan jawatankuasa Olimpik kebangsaan dan semua persekutuan sukan negara itu.

11. Brunei – September 2009
FIFA menggantung Brunei ekoran campur tangan kerajaan dalam urusan badan tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak antarabangsa di sini:

FIFA Gantung India Kerana Campur Tangan Pihak Ketiga

Thailand Umum 3 Negara Yang Disahkan Menyertai King’s Cup 2022

De Gea Punca Manchester United Dibelasah Brentford