Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan memilih ketua jurulatih dari Korea Selatan sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, ada empat ketua jurulatih yang berada dalam senarai pendek badan bola sepak tanah air itu untuk dilantik sebagai pengganti Tan Cheng Hoe.

Antara nama yang berada dalam senarai ialah Kim Pan-goh yang ketika ini beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Penyeliaan skuad kebangsaan Korea Selatan.

Sebelum ini, Pan-goh pernah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong dan pasukannya pernah menentang Malaysianyang ketika itu dikendalikan oleh Nelo Vingada.

Seterusnya, nama bekas ketua jurulatih skuad B-23 Tahun Korea Selatan, Kim Hak-bum turut berada dalam senarai FAM. Hak-bum mengendalikan skuad B-23 Tahun Korea selama tiga musim dan beliau berjaya membantu pasukan memenangi pingat emas Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Harimau Malaya
Kim Hak-bum. Sumber Gambar: AFC

Dua lagi jurulatih yang berpotensi untuk menjadi pengendali baharu skuad Harimau Malaya ialah Park Jin-seop dan Kim Byung-soo.

Park Jin-seop adalah bekas pemain skuad kebangsaan Korea dan beliau pernah mengendalikan beberapa kelab dalam saingan K League antaranya Gwangju FC, FC Seoul dan pasukan simpanan Jeonbuk Hyundai Motors.

Bagi Kim Byung-soo pula, beliau juga bekas pemain Taegeuk Warriors dan pernah mengendalikan beberapa kelab tempatan seperti Yeungnam University, Seoul E-Land dan Gangwon FC.

Jika dilihat dari empat jurulatih di atas, nama Kim Hak-bum dan Kim Pan-gon dilihat sesuai untuk menjadi ketua jurulatih baharu pasukan negara kerana masing-masing mempunyai pengalaman mengendalikan skuad kebangsaan serta pernah memenangi beberapa kejuaraan.

Apa yang pasti, FAM perlu membuat pilihan bijak dan tepat kerana pasukan negara memerlukan ketua jurulatih yang berkaliber untuk mengharungi saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada Jun ini.

Tan Cheng Hoe meletak jawatan setelah pasukan negara gagal untuk melepasi saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Dibawa Menaiki Limo, Syahmi Safari Sah Milik Harimau Selatan

Stanley Bernard: Perubahan Waktu Sepak Mula Liga Malaysia Hampir Serupa Dengan Formula EPL

Fernando Forestieri Jadi ‘Peneman’ Bergson Da Silva Di Jentera Serangan JDT