Berikut senarai nama 24 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 1 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

BIL NAMA UMUR PASUKAN
1  MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK 34 JOHOR DARUL TA’ZIM FC
2  MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR 27 JOHOR DARUL TA’ZIM FC
3  MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID 22 JOHOR DARUL TA’ZIM FC
4  MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD 26 JOHOR DARUL TA’ZIM FC
5  GUILHERME DE PAULA LUCRECIO 35 JOHOR DARUL TA’ZIM FC
6  MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID 32 SELANGOR FC
7  MUHAMMAD SYAHMI SAFARI 23 SELANGOR FC
8  SHARUL NAZEEM ZULPAKAR 22 SELANGOR FC
9  MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI 20 SELANGOR FC
10  MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA 26 KUALA LUMPUR CITY FC
11  MUHAMMAD AKRAM MAHINAN 28 KUALA LUMPUR CITY FC
12  KENNY PALLRAJ A/L DAVARAGI 28 KUALA LUMPUR CITY FC
13  MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR 25 TERENGGANU FC
14  MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM 23 TERENGGANU FC
15  MOHAMAD HAKIMI ABDULLAH 22 TERENGGANU FC
16  QUENTIN CHENG JIUN-HO 22 PENANG FC
17  MOHAMAD AL HAFIZ HARUN 27 PENANG FC
18  MOHD RIZAL MOHD GHAZALI 29 KEDAH DARUL AMAN FC
19  BADDROL BAKHTIAR 33 KEDAH DARUL AMAN FC
20  KHAIRUL FAHMI CHE MAT 32 MELAKA UNITED FC
21  KALAMULLAH AL-HAFIZ MD ROWI 26 PETALING JAYA CITY FC
22  DION-JOHAN COOLS 25 FC MIDTJYLLAND
23  LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN 19 KV KORTRIJK
24  DOMINIC TAN 24 POLICE TERO FC

 

Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe hanya mengekalkan 12 pemain dari kem latihan pusat terdahulu pada Mei dan Jun lalu iaitu ketika menghadapi baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di Dubai, UAE.

Mereka terdiri daripada ketua pasukan Aidil Zafuan Abd Radzak, penjaga gol Khairulazhan Khalid, Rizal Ghazali, Dominic Tan, Dion Cools, Irfan Zakaria, Syahmi Safari, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Luqman Hakim Shamsudin dan Guilherme de Paula.

Ketiadaan baki 14 pemain lain yang tidak dipanggil kali ini diisi oleh enam muka baharu yang mahu diuji Cheng Hoe iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; dua pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Turut kembali tersenarai, enam pemain yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Skuad Harimau Malaya akan melapor diri di Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2021 sebelum berlepas ke Amman pada 2 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan ini yang berlangsung dalam tempoh jendela perlawanan antarabangsa FIFA (4 hingga 12 Oktober 2021) dan dijadual pulang ke tanah air pada 10 Oktober 2021.

Dua perlawanan ini merupakan medan terbaik buat Cheng Hoe menilai pemain yang dipanggil kali ini sebagai persiapan awal bagi membentuk skuad terbaik Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2020 dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dan seterusnya Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.