Berikut senarai nama 23 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi dua aksi Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November 2019 (Khamis) dan menentang Indonesia pada 19 November 2019 (Selasa), kedua-duanya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Daripada senarai itu, Cheng Hoe telah menggugurkan tiga pemain dari senarai awal 26 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat bermula 3 November lalu iaitu Farhan Roslan (Kedah), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).

SENARAI-23-PEMAIN-HARIMAU-MALAYA-02

Ia diputuskan oleh Cheng Hoe menerusi penilaian yang dibuat selepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Tajikistan pada Sabtu lalu (9 November 2019) yang menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan ranking ke-116 dunia itu menerusi kemenangan 1-0 hasil jaringan Safawi Rasid pada minit ke-72.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Malaysia Berpeluang Untuk Menambah 3 Mata FIFA Ranking Sekiranya Menang Keatas Pasukan Tajikistan

Kawin Thamsatchanan Mengaku 2 Perlawanan Ditempat Lawan Bertemu Malaysia Dan Vietnam Adalah Sukar

Tan Cheng Hoe: Aksi Bertemu Tajikistan Medan Uji Kombinasi, Peluang Untuk Pemain Malaysia Belajar.

Sumber