Pemain dari rantau Asia semakin mendapat perhatian daripada kelab besar di Eropah dimana semakin banyak pasukan yang menggunakan khidmat mereka.

Sudah pasti pemain Asia ini mempunyai nilai pasaran semasa dan di sini kami senaraikan 10 pemain Asia dengan nilai perpindahan tertinggi mengikut data yang diambil daripada laman Transfermrkt.

1. Son Heung-min (RM302 Juta)

Pemain Asia
Tottenham Hotspur’s Son Heung-min celebrates after the English Premier League soccer match against Aston Villa at Villa Park, Birmingham, England, Sunday Feb. 16, 2020. (Nick Potts/PA via AP)

Persembahan cemerlang bersama Tottenham Hotspur sejak dua musim kebelakangan ini menjadikan Son sebagai pemain Asia dengan nilai perpindahan tertinggi.

Jika mengekalkan prestasi semasa, tidak mustahil Son akan menyertai kelab yang lebih besar pada masa terdekat.

2. Shoya Nakajima (RM75 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: Record

Pemain sayap ini beraksi bersama FC Porto dalam saingan Liga Portugal musim 2019/2020. Setakat ini, Shoya berjaya membuat 16 penampilan bersama kelab tersebut.

3. Sardar Azmoun (RM68 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: The top 10 news

Pemain bintang Iran ini menjadi buruan kelab Serie A, Napoli setelah tampil cemerlang bersama Zenith Saint Petersburg.

4. Takehiro Tomiyasu (RM63.8 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: Medium

Tomiyasu sering menjadi regular starter dalam kesebelasan utama kelab Serie A, Bologna musim ini.

5. Takefusa Kubo (RM63 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: Bleacher Report

Kubo sedang menjalani tempoh pinjaman bersama Real Mallorca daripada Real Madrid. Beliau telah menetapkan sasaran mahu kembali memperkuatkan skuad kendalian Zinedine Zidane musim hadapan.

6. Lee Kang-in (RM63 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: Asia United

Lee Kang-in yang baru berusia 19 tahun menempa nama bersama Valencia dalam saingan La Liga sejak musim 2017 lalu.

7. Takumi Minamino (RM47.2 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: Liverpool

Minamino menyertai Liverpool pada jendela perpindahan kedua Januari lalu setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama RB Salzburg ketika kedua-dua pasukan bertembung dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tahun lalu.


8. Hwang Hee-chan (RM47 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: Daily Mail

Sama seperti Minamino, Hee-chan mula mendapat perhatian setelah merobek gawang Liverpool. Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

9. Aaron Mooy (RM44 Juta)

Pemain Asia
Sumber Gambar: Daily Mail

Aaron Mooy mencipta nama bersama Huddersfield sebelum menyertai Brighton and Hove Albion bagi saingan musim ini.

10. Matthew Ryan (RM37 Juta)

Pemain Asia
BRIGHTON, ENGLAND – AUGUST 12: Mathew Ryan of Brighton and Hove Albion throws a water bottle during the Premier League match between Brighton and Hove Albion and Manchester City at Amex Stadium on August 12, 2017 in Brighton, England. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Rakan sepasukan Mooy di skuad kebangsaan Australia ini menjadi salah satu penjaga gol terbaik dalam saingan EPL. Malah, beberapa pasukan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Piyapong Dan Park Hang-seo Sebenarnya ‘Member’ Lama, ‘Team-mate’ Di Lucky-Goldstar Hwangso

TMJ: Selesaikan Hutang Dahulu Sebelum Potong Gaji Pemain

Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan