Pemain dari rantau Asia Tenggara semakin mendapat perhatian pasukan dari negara yang menjadi kuasa bola sepak seperti Jepun dan beberapa negara di Eropah seperti England, Belgium dan Belanda.

Pemain seperti Chanathip Songkrasin, Kawin Thamsatchanan dan Neil Etheridge menjadi wakil Asean di saingan yang turut diwarnai oleh pemain berkelas dunia.

Di sini, kami senaraikan 10 pemain Asia Tenggara yang paling bernilai berdasarkan data yang diambil daripada salah satu laman terkemuka iaitu Transfermrkt.

1. Neil Etheridge (RM14.3 Juta)

10 Pemain
Sumber Gambar: FLW

Etheridge tampil bersama Cardiff City dalam saingan EFL Championship musim ini. Beraksi di England nyata memberi impak kepada nilai pasaran beliau.

2. Chanathip Songkrasin (RM11.4 Juta)

10 Pemain
Sumber Gambar: Gettey Images

Chanathip menjadi salah satu pemain import terkemuka dalam saingan J. League musim ini. “Messi Jay” menampilkan prestasi cemerlang musim lalu dimana beliau disenaraikan dalam Kesebelasan Terbaik bagi musim 2019.

3. Theerathon Bunmathan (RM4.7 Juta)

10 Pemain
Sumber Gambar: Twitter

Left back skuad kebangsaan Thailand ini membantu Yokohama F Marinos menjuarai saingan J1 musim lalu.

4. Teerasil Dangda (RM4.2 Juta)

10 Pemain
Sumber Gambar: Twitter

Teerasil kembali ke saingan J. League apabila beliau menyertai Shimizu S-Pulse. Sebelumnya, beliau pernah beraksi bersama Sanfrecce Hiroshima.

5. Thitipan Puangchan (RM2.8 Juta)

10 Pemain
Sumber Gambar: BG Pathum United

Thitipan kembali ke saingan Thai League setelah menyarung jersi Oita Trinita musim lalu. Beliau serta-merta dilantik sebagai ketua pasukan BG Pathum United yang turut diperkuatkan oleh Norshahrul Idlan Talaha.

6. Supachok Sarachat (RM2.3 Juta)

10 Pemain
Sumber Gambar: Buriram United

Supachok merupakan salah satu pemain muda Thailand yang menjadi buruan beberapa kelab ternama di Asia terutamanya dari saingan J. League.

7. Liridon Krasniqi (RM2.1 Juta)

10 Pemain
Sumber Gambar: JST

Pemain yang baru sahaja mendapatkan kerakyatan Malaysia ini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2019.

8. Stefano Lilipaly (RM2 Juta)

10 Pemain
Ricky Fajrin (kiri) dan Stefano Lilipaly. (Foto: Bali United).

Arkitek utama Indonesia pada saingan Piala AFF Suzuki edisi 2016 ini beraksi bersama Bali United bagi menghadapi saingan musim 2020. Musim lalu, Lilipaly membantu Bali muncul juara saingan Liga 1 Indonesia.

9. Natxo Insa (RM1.9 Juta

10 Pemain
Sumber Gambar: Goal.com

Abang kepada Kiko Insa ini membuat penampilan semula bersama Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Natxo sering menjadi pilihan untuk mengawal jentera tengah di samping Afiq Fazail.

10. Stephan Schröck (RM1.6 Juta)

10 Pemain
AFC Asian Cup 2019, Group C – Kyrgyzstan vs Philiippines at Rashid Stadium on 16.01.2019.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak terkini di sini:

Hukuman FAM Ke Atas MUSA Wajar Dijadikan Pengajaran FA Negeri Yang Lain

Wu Lei Tegaskan Beliau Semakin Pulih Selepas Dijangkiti Virus COVID-19

Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000