Pengurus Liverpool menganggap semuanya salah dan tak kena ketika Liverpool dimalukan Napoli 4-1 di pada aksi pembukaan Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.

Baca juga artikel:

Tanda Solidariti Untuk Ukraine, Norway Umum Gantung Mathias Normann Daripada Mewakili Pasukan Kebangsaannya

UCL: Napoli Malukan Liverpool Di Stadium Armando Maradona

Ditanya apa yang tidak kena dengan skuadnya, Klopp berkata: “Semuanya salah, jelas sekali, tetapi mengapa ia berlaku, saya tidak boleh menjawab sekarang, biar saya fikirkan dahulu. Ia adalah sangat sukar untuk ditelan, tetapi saya perlu terima.”

Liverpool ditewaskan sepenuhnya pada separuh masa dan bernasib baik kerana hanya ketinggalan 3-0 pada separuh masa. Pengurus asal Jerman itu, yang membimbing  Liverpool menjuarai UCL pada 2019 dan membawa mereka ke final musim lalu, berkata masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Sedikit lagi [jika terus begini], nampaknya, kami perlu mencipta semula diri kami, jadi ada banyak perkara yang hilang, bukan dalam semua perlawanan tetapi sekarang,” kata Klopp.

“Apa yang menarik adalah kami perlu melakukannya [mempersiapkan diri sekali lagi] pada pertengahan musim dalam kempen Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.”

“Kami perlu mencari persediaan untuk menjadi lebih baik dalam hampir semua perkara.”

Musim ini Liverpool juga telah tewas kepada Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris dan seri dengan Fulham, Crystal Palace dan Everton.

Bagaimanapun, dalam keadaan yang penuh sulit dalam aksi di selatan Itali, Liverpool mempamerkan prestasi terburuk mereka dalam kempen itu, dengan pertahanan melakukan kesilapan asas dan kekurangan tekanan di bahagian tengah.

“Ianya benar-benar sukar diterima, dan ianya tidak begitu sukar untuk dijelaskan apabila anda menonton perlawanan,” kata Klopp.

“OK, pertama sekali, Napoli bermain permainan yang sangat bagus, kami tidak melakukannya, itu penjelasan pertama untuk kekalahan itu.”

“Mereka menjaringkan satu penalti dan tersasar satu lagi, tetapi dua gol seterusnya kami adalah kami yang memberikan kepada mereka ‘servis’.”

“Kami perlu bertahan dengan lebih baik. Kami tidak kompak dalam bertahan atau menyerang. Jadi Thiago [Alcantara] masuk ke padang saya tidak ingat kalau kami ada melakukan sebarang couterpressing , kami terlalu luas [wide].”