Kelab gergasi Hong Kong, Kitchee SC kini sedang berdepan dengan situasi sukar apabila kakitangan kelab tersebut dijangkiti wabak COVID-19 selepas melakukan pemeriksaan di hospital pada hari isnin lepas.

Ia berpunca daripada kontak rapat isterinya yang disahkan positif COVID-19 pada minggu lepas selepas pulang dari luar negara. Menurut kenyataan rasmi daripada Kitchee SC, kakitangan itu merupakan salah seorang daripada barisan kejurulatihan kelab tersebut.

Justeru itu, pihak pengurusan mengarahkan semua pemain menjalani ujian pemeriksaan COVID-19 dan mereka diwajibkan kuarantinkan diri di rumah masing-masing. Keputusan ujian tersebut akan diketahui pada petang ini.

“Kakitangan kelab kami telah menjalani ujian pemeriksaan COVID-19 pada 30 Mac dan ia disahkan positif. Berdasarkan arahan daripada Jabatan Kesihatan, beliau perlu dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke hospital,”kata kenyataan rasmi daripada Kitchee SC.

Disebabkan oleh penularan wabak tersebut, Kitchee SC terpaksa membatalkan semua program akademi dan tempahan awam untuk menggunakan fasiliti kelab sejak Februari lepas.

944890b4-7301-11ea-ab8f-988daf8efd6f_1320x770_125042
FOTO: Handout

Pusat latihan mereka kini sedang dalam proses sanitasi dan pembasmian kuman. Berdasarkan situasi semasa, mereka telah menutup sepenuhnya pusat latihan tersebut dan tiada sesiapa boleh masuk kecuali pihak berkuasa.

Seperti liga asia yang lain, saingan Liga Premier Hong Kong turut ditangguhkan selepas kerajaan mengeluarkan perintah untuk menutup semua fasiliti sukan disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19.

Kitchee SC kini berada di kedudukan ketiga liga dan mempunyai baki 8 perlawanan untuk ditamatkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak asia melalui pautan dibawah.

Pemain Pertahanan Vissel Kobe, Gotoku Sakai Disahkan Positif COVID-19

Vietnam Mula ‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia Dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022

Teknologi Padang Dari Thailand Jadi Pilihan Kelab Vietnam Untuk Naik Taraf Stadium Vinh