Seorang peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid hari ini ada berkongsi mengenai penerangan berkaitan kes yang timbul diantara pemilik baharu Kelantan FC dan juga FAM disebabkan ramai rakan-rakan yang bertanya mengenai isu tersebut.

Perkongsian itu telah dibuat melalui laman Facebook beliau dan mungkin penjelasan ini sedikit sebanyak mampu merungkai permasalahan yang melanda pasukan di Kelantan itu.

“Jadi saya cuba bagi penerangan yg ringkas berdasarkan kepada undang-undang sedia ada.”

“Berdasarkan kepada Artikel 24ter FIFA Regulations on the Status and Transfer of Players (edisi January 2021) jelas menyatakan sekiranya sesuatu kelab menggunakan slot atau tempat yang diterima daripada entiti yang sebelumnya adalah dikenali sebagai ‘sporting successor’.”

139479359_771999143405443_3690707453693530179_n

“Sehubungan itu, kesemua liabiliti dan hukuman boleh dilanjutkan kepada pemilik yang baharu jika menggunakan slot atau tempat entiti yang mempunyai kes atau hukuman terdahulu.”

“Saya lihat masalah disini lebih kepada pemilik baharu tersebut tidak mendapat maklumat penuh dan terperinci berkaitan dengan kes-kes yang akan dimulakan, sedang dibicara atau telah menerima keputusan/hukuman.”

“Setiap pemain dan pegawai mempunyai masa sehingga 2 tahun untuk memulakan tindakan terhadap pasukan lama sekiranya ada masalah tunggakan gaji.”

Memetik satu penjelasan pihak lain, mengikut undang-undang bolasepak walaupun perkara ini ialah daripada FA dan hutang tanggungan FA, FIFA dan perundangan bola sepak ada decision dari kes-kes lama mengikut peruntukkan sporting successor.

Sesebuah pasukan yang dibeli daripada pasukan lama, maka hutang dan liabiliti terpaksa ditanggung pasukan baru, cuma berdasarkan (keputusan) mesyuarat, Kelantan FA mengambil tanggungjawab tersebut dan beri jaminan untuk membayar hutang.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

“Persepsi Mereka Tengok Aku Datang Sebab Publisiti, Bola Pun Orang Tak Nak Pass.” – Hidetoshi Nakata

87% Mata AFC MA Ranking Malaysia Disumbangkan Oleh Pasukan JDT Dalam 4 Musim Terkini

Ranking Top 10 Kasut Bola Yang Dipakai Oleh Pemain Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Seluruh Jepun 2020