Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kem  Juventus jelas sedang berantakan pada ketika ini apabila kesemua Ahli Lembaga Pengarah (BOD) kelab saingan Serie A itu mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Artikel Berkaitan:

Keputusan sebulat suara yang boleh dianggap mengejutkan itu diambil dalam satu mesyuarat agung luar biasa diadakan pada malam semalam.

10 Ahli Lembaga Pengarah Juventus dimaksudkan ialah Andrea Agnelli (Presiden), Pavel Nedved (Naib Presiden), Maurizio Arrivabene (Ketua Pegawai Eksekutif), Laurence Debroux, Francesco Roncaglio, Syzanne Heywood yang bertindak selaku Pengarah Kelab.

Sementara itu empat orang Pengarah Bebas terdiri daripada Daniela Marilungo, Giorgio Tacchia, Massimo Della Ragione dan Kathryn FInk.

Menurut sumber Goal, mereka bertindak meninggalkan Juventus ketika terdapat siasatan sedang dijalankan susulan pemalsuan laporan kewangan kelab selama tiga tahun terakhir yang berkemungkinan besar akan menyebabkan kelab menerima hukuman berat.

Ia bermula selepas bekas pengurus, Maurizio Sarri dan para pemain Juventus bersetuju untuk memotong gaji mereka berikutan situasi COVID-19. Selepas itu, pihak pendakwaan Itali telah menemui beberapa penyelewengan dan mula untuk menyiasat dengan lebih terperinci.

“Kami menghadapi saat yang sukar kerana sebuah perusahaan dan persatuan telah gagal. Lebih baik membiarkan semua orang bersama, memberikan peluang kepada pasukan [Ahli Lembaga Pengarah] baharu untuk memperbetulkan kembali keadaan.”

Bergelar Presiden Juventus pada tahun 2010, Agnelli telah membantu kelab tersebut menjadi gergasi dalam saingan domestik apabila The Old Lady menjuarai saingan liga bagi sembilan musim berturut-turut.